Judul : Ibu segala bajet Najib hanyalah bajet cerekarama
link : Ibu segala bajet Najib hanyalah bajet cerekarama
Ibu segala bajet Najib hanyalah bajet cerekarama
Demikianlah Artikel Ibu segala bajet Najib hanyalah bajet cerekarama
Sekianlah artikel Ibu segala bajet Najib hanyalah bajet cerekarama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ibu segala bajet Najib hanyalah bajet cerekarama dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/ibu-segala-bajet-najib-hanyalah-bajet.html
Bajet 2018 dengan temanya yang merepek panjang, merupakan bajet berunsur cerekarama yang terhebat dalam sejarah negara dan oleh itu, layak menjadi pemenang anugerah cerekarama terbaik Malaysia!
Ada beberapa sebab mengapa saya katakan demikian.
Pertama, pelbagai peruntukan dan pemberian diumumkan dengan sepintas lalu dan penuh bangga namun dari manakah Datuk Seri Najib Razak akan mencekau wang defisit sejumlah RM42.35 bilion akibat daripada unjuran perbelanjaan Bajet 2018 sebanyak RM282.25 bilion yang melebihi hasil sebanyak RM239.86 bilion?
Sudah tentulah dengan meminjam atau berhutang kan. Namun umum mengetahui bahawa hutang negara sudah tinggi iaitu hampir mencecah siling nisbah hutang-KDNK sebanyak 55 peratus.
Itu belum dikira hutang kontingen yang tidak dimasukkan dalam bajet kerajaan seperti 1MDB, MRT dan Felda.
Apakah tambahan hutang RM42.35 bilion sangat perlu? Sudahkah kerajaan mengambilkira kadar faedah yang terpaksa dibayar ke atas hutang itu yang dianggarkan berjumlah RM31 bilion atau lebih kurang 15 peratus daripada perbelanjaan operasi negara?
Apakah rakyat kini dicukai untuk membayar hutang atau untuk mendapat manfaat daripada cukai tersebut?
Menurut Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang dan Presiden Pakatan Harapan, dalam ucapan perbahasan beliau pada 30 Oktober, RM31 bilion itu cukup untuk membina 60 buah hospital dalam setahun!
Tanya beliau kepada Dewan Rakyat, “apakah harapan rakyat Malaysia terhadap pembentangan bajet 2018 ini? Jawapannya mudah; rakyat mengharapkan bajet ini mampu merawat derita yang mereka tanggung sejak 2009”.
Rakyat terhimpit
Namun hakikatnya, ramai rakyat yang terhimpit akibat kenaikan harga barang dan harga minyak. Subsidi dihapuskan, kesihatan semakin mahal dan pendidikan didagangkan.
“Rakyat tidak mampu menyediakan makanan berkualiti untuk keluarga terutama untuk anak-anak yang sedang membesar,” kata Wan Azizah.
Dalam masa yang sama, mengapakah kerajaan tidak meletakkan keutamaan kepada pembanterasan rasuah, pembaziran dan ketirisan sebagai langkah penjimatan penting kepada perbelanjaan yang terus mengembung? Saya langsung tidak nampak komitmen kerajaan dalam hal ini.
Pakatan Harapan sebaliknya telah membentangkan Belanjawan 2018 yang dengan jelas meletakkan asas prinsipnya kepada premis ini dan menolak cukai regresif GST sebagai langkah penampungan perbelanjaan negara malah dengan berani meletakkan angka RM20 bilion sebagai penjimatan daripada ketirisan dan rasuah termasuk memotong peruntukan Jabatan Perdana Menteri yang diketahui sangat kembung.
Menurut Wan Azizah, Pakatan Harapan secara bersungguh-sungguh mengetengahkan idea-idea fiskal, kewangan dan ekonomi dalam kerangka mengurus dan membangunkan negara yang bebas dari amalan kleptokrasi, rasuah, ketirisan, pembaziran, salah guna kuasa, penyiasatan terpilih, pendakwaan terpilih dan penghakisan demokrasi berparlimen.
“Pakatan Harapan telah menggariskan dasar-dasar sosioekonomi, pembangunan ekonomi serta perindustrian dan perdagangan yang menyentuh langsung dalam usaha merawat derita rakyat lantaran salah urus dan tadbir kewangan negara oleh Barisan Nasional” kata Wan Azizah.Lantas katanya lagi, Pakatan Harapan telah mengumumkan 10 perkara berikut dalam belanjawannya iaitu hapuskan GST, hapuskan tol, pendidikan percuma untuk semua, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 di seluruh negara, rumah mampu milik, dasar hapus rasuah, hapus campur tangan politik dalam Felda, menaikkan royalti minyak 20 peratus kepada negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, cuti bersalin 120 hari dan dana RM15 bilion untuk pembangunan Sabah dan Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>