'Tiada sebab ROS lengahkan pendaftaran HARAPAN'

'Tiada sebab ROS lengahkan pendaftaran HARAPAN' - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Tiada sebab ROS lengahkan pendaftaran HARAPAN', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Tiada sebab ROS lengahkan pendaftaran HARAPAN'
link : 'Tiada sebab ROS lengahkan pendaftaran HARAPAN'

Baca juga


'Tiada sebab ROS lengahkan pendaftaran HARAPAN'



Demikianlah Artikel 'Tiada sebab ROS lengahkan pendaftaran HARAPAN'

Sekianlah artikel 'Tiada sebab ROS lengahkan pendaftaran HARAPAN' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Tiada sebab ROS lengahkan pendaftaran HARAPAN' dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/tiada-sebab-ros-lengahkan-pendaftaran.html
Pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata tidak ada sebab Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk melengah-lengahkan proses pendaftaran gabungan itu memandangkan mereka telah memenuhi segala syarat yang ditetapkan.
“Kami dah turuti segala syarat yang ditetapkan mengikut akta yang ada, tidak ada alasan lain yang perlu di lengah-lengahkan lagi, apakah ada udang di sebalik batu,” kata Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Pengerusi DAP Perak itu turut berkata, HARAPAN telah mengemukakan permohonan tersebut pada 24 Julai bersamaan 98 hari namun sehingga kini masih belum mendapat kelulusan daripada ROS.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis di parlimen hari ini berkata ROS bertanggungjawab untuk meneliti setiap permohonan mendaftarkan parti politik yang diterima.
KDN turut berkata penelitian yang cermat diperlukan bagi memelihara aspek keselamatan dan kepentingan awam.
Mengulas kenyataan KDN itu, Anggota Parlimen Bayan Baru PKR Sim Tze Tzin (gambar) pula mempersoalkan adakah kelewatan pendaftaran HARAPAN kerana ROS melihat gabungan itu menggugat keselamatan negara.
“Nampak menarik jawapan daripada KDN yang meneliti permohonan adalah terpelihara dan permohonan tersebut masih dalam pertimbangan.
“Macam mana kita gugat keselamatan negara dan ketenteraman awam, kita ikut undang-undang yang ada, tidak gugat keselamatan negara.
“Adakah ROS terutamanya menteri (bersikap) adil kerana selama 56 tahun hanya dua gabungan sahaja (Perikatan dan BN) yang didaftarkan. Kita sebenarnya ada sokongan yang banyak kenapa tak boleh daftar,” katanya.
Bagi Anggota Parlimen Kuala Terengganu AMANAH Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (gambar) pula melihat kelewatan itu seolah-olah ROS berat sebelah terhadap HARAPAN.

“Nampak tidak adil dan nampak pendaftaran itu berat sebelah,” katanya.
Pada 28 Julai lalu HARAPAN mengemukakan permohonan secara rasmi kepada ROS untuk mendaftarkan gabungan parti pembangkang berkenaan.
Bagaimanapun ROS berpendapat logo pertubuhan yang menggabungkan PKR, DAP, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) perlu diperbaiki.
Kata Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad ROS melihat logo yang dicadangkan tidak sesuai kerana tidak menampakkan nama penuh pakatan berkenaan.
Pada 21 Oktober lalu pula - selepas diberitahu belum mendapat sebarang maklum balas daripada ROS - Dr Mahathir menyatakan rasa kecewanya kerana HARAPAN masih belum didaftarkan walaupun logo baru sudah dikemukakan.
Mahathir mendakwa kelewatan kelulusan itu merupakan bayangan ketakutan BN untuk menghadapi HARAPAN pada pilihan raya umum akan datang.

Subscribe to receive free email updates: