Judul : BERSATU akur tak guna nama ARMADA
link : BERSATU akur tak guna nama ARMADA
BERSATU akur tak guna nama ARMADA
Demikianlah Artikel BERSATU akur tak guna nama ARMADA
Sekianlah artikel BERSATU akur tak guna nama ARMADA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BERSATU akur tak guna nama ARMADA dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/bersatu-akur-tak-guna-nama-armada.html
Berdepan amaran diharamkan, BERSATU akhirnya akur terhadap amaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk tidak menggunakan nama ARMADA untuk sayap pemudanya.
“Oleh kerana pindaan perlembagaan PPBM (BERSATU) masih dalam pertimbangan pihak ROS, PPBM akur bahawa nama Pemuda PPBM yang termaktub dalam perlembagaan parti hendaklah digunapakai buat masa ini.
“Arahan telah dikeluarkan kepada pimpinan dan ahli parti di setiap peringkat supaya menggunakan nama Pemuda PPBM sehingga pindaan perlembagaan parti diluluskan oleh pihak ROS,” kata Setiausaha Agung BERSATU Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.
ROS pada 9 November lalu memberi amaran BERSATU boleh diharamkan jika terus menggunakan nama ARMADA, daripada singkatan Angkatan Bersatu Anak Muda, untuk pergerakan pemudanya.
Jabatan itu juga berkata istilah ARMADA untuk jawatankuasa Pemuda BERSATU tidak pernah diluluskan dalam perlembagaan parti serpihan Umno itu.
Dalam kenyataan hari ini, Shahruddin berkata nama ARMADA sebelum ini digunakan untuk lebih menarik untuk golongan muda.
Ia sebahagian daripada perlembagaan parti dalam mesyuarat agung khas pada 2 November lalu.
Beliau juga menjelaskan telah memberikan penjelasan kepada ROS berhubung beberapa aduan terhadap parti.
“Saya sendiri telah hadir ke ibu pejabat ROS di Putrajaya pada 14 November 2017 untuk memberi keterangan kepada pegawai ROS dalam membantu siasatan berhubung aduan-aduan ini,” katanya.
“Saya juga telah mendapatkan nasihat pakar undang-undang mengenai aduan-aduan tersebut dan percaya tiada pelanggaran terhadap perlembagaan parti dan undang-undang telah dibuat oleh PPBM dalam perjalanan pengurusan dan pentadbiran parti seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.”
Sementara itu, Shahruddin juga berkata mereka telah memohon lanjutan masa ke tahun depan untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan memandangkan BERSATU masih dalam proses menubuhkan cawangan di seluruh negara.