SPRM sahkan dokumen bocor kaitkan MB Johor dengan skandal hartanah

SPRM sahkan dokumen bocor kaitkan MB Johor dengan skandal hartanah - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM sahkan dokumen bocor kaitkan MB Johor dengan skandal hartanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM sahkan dokumen bocor kaitkan MB Johor dengan skandal hartanah
link : SPRM sahkan dokumen bocor kaitkan MB Johor dengan skandal hartanah

Baca juga


SPRM sahkan dokumen bocor kaitkan MB Johor dengan skandal hartanah



Demikianlah Artikel SPRM sahkan dokumen bocor kaitkan MB Johor dengan skandal hartanah

Sekianlah artikel SPRM sahkan dokumen bocor kaitkan MB Johor dengan skandal hartanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM sahkan dokumen bocor kaitkan MB Johor dengan skandal hartanah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/sprm-sahkan-dokumen-bocor-kaitkan-mb.html
Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kebocoran dokumen kenyataan rakaman percakapan tertuduh kes skandal hartanah di Johor mengesahkan kesahihan dokumen yang sedang beredar di beberapa laman web baru-baru ini.
Dokumen yang merakamkan kenyataan tertuduh Exco Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi turut mengaitkan Menteri Besarnya, Datuk Khaled Nordin sebagai watak di sebalik skandal berkenaan.
Sehubungan itu, Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor hari ini menggesa Khaled Nordin memberikan penjelasan berhubung perkara itu.
“Di pihak Pakatan Harapan, kami sekali lagi mendesak agar Menteri Besar Johor tampil segera bagi mengemukakan penjelasan memandangkan nama beliau telah turut sama dikaitkan akhir-akhir ini,” kata mereka dalam kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu ditandatangi Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pengerusi PPBM Johor); Aminulhuda Hassan (Pengerusi AMANAH Johor); Hassan Karim (Pengerusi PKR Johor) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor).
HARAPAN Johor, dalam pada itu, ingin tahu apakah jaminan komitmen yang akan diberikan SPRM selepas menerima maklumat tersebut serta tindakan apakah yang akan diambil agensi anti rasuah itu.
“Persoalan ini amat penting untuk dijawab oleh SPRM memandangkan skandal hartanah yang berlaku adalah melibatkan kepentingan keseluruhan rakyat Johor,” kata mereka.
Timbalan Ketua Pesuruhjayanya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam kenyataan semalam berkata pihaknya memandang serius kebocoran maklumat tersebut.
“SPRM akan membuat satu laporan polis berhubung pembocoran tersebut supaya mereka yang bertanggungjawab memviralkan dokumen-dokumen itu diambil tindakan mengikut lunas undang-undang,” katanya.
Adun Senai, Wong Shu Qi sebelum ini membangkitkan mengenai dokumen mengaitkan nama Khaled dalam skandal hartanah Johod di Dewan Undangan Negeri Johor, namun tidak disenangi pihak kerajaan sehingga menyebabkan beliau dihalau keluar dewan oleh Speaker DUN.

Subscribe to receive free email updates: