Judul : KENAPA SPRM TAK SIASAT MB JOHOR?
link : KENAPA SPRM TAK SIASAT MB JOHOR?
KENAPA SPRM TAK SIASAT MB JOHOR?
Demikianlah Artikel KENAPA SPRM TAK SIASAT MB JOHOR?
Sekianlah artikel KENAPA SPRM TAK SIASAT MB JOHOR? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KENAPA SPRM TAK SIASAT MB JOHOR? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/kenapa-sprm-tak-siasat-mb-johor.html
Berikutan SPRM kini membuat laporan polis untuk mengetahui siapa yang membocorkan dokumen keterangan seorang saksi dalam kes rasuah melibatkan bekas Exco Johor, Abdul Latif Bandi yang mengaitkan Menteri Besar Johor, Khaled Nordin dengan dakwaan menerima wang sebanyak RM12 juta, beberapa persoalan lain mula menjadi perbualan ramai.
1 - Apakah Khaled pernah disiasat oleh SPRM berkenaan keterangan saksi tersebut?
2 - Jika pernah disiasat, bilakah ia dilakukan dan apakah hasilnya?
3 - Kenapa tidak pernah dihebahkan kepada media, sedangkan dalam banyak siasatan atau tangkapan yang dilakukan SPRM sebelum ini, agensi itu begitu cenderung menghebahkan atau memberitahu kepada orangramai apa yang mereka lakukan?
4 - Jika Khaled tidak pernah disiasat, mengapa SPRM bertindak demikian dan apakah alasannya sedangkan mengikut amalan biasa, sebarang maklumat atau penemuan baru mengenai sebarang kes rasuah sudah sewajarnya memerlukan penyiasatan oleh agensi itu?
5 - Setelah dokumen itu bocor dan sekiranya Khaled belum pernah disiasat, apakah SPRM akan segera menyiasat beliau dalam waktu terdekat ini?
6 - Jika SPRM tetap tidak mahu melakukan siasatan keatas Khaled, meskipun setelah kebocoran dokumen keterangan saksi menjadi perbualan ramai, apakah pula hujah dan alasan SPRM?
Meskipun mengetahui siapa yang membocorkan keterangan saksi itu penting bagi SPRM, namun menjawab persoalan-persoalan di atas juga sama mustahaknya.