Skandal Felda: 'Najib tak perlu berlakon lagi'

Skandal Felda: 'Najib tak perlu berlakon lagi' - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal Felda: 'Najib tak perlu berlakon lagi', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal Felda: 'Najib tak perlu berlakon lagi'
link : Skandal Felda: 'Najib tak perlu berlakon lagi'

Baca juga


Skandal Felda: 'Najib tak perlu berlakon lagi'



Demikianlah Artikel Skandal Felda: 'Najib tak perlu berlakon lagi'

Sekianlah artikel Skandal Felda: 'Najib tak perlu berlakon lagi' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal Felda: 'Najib tak perlu berlakon lagi' dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/skandal-felda-najib-tak-perlu-berlakon.html
Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Faiz Fadzil berkata Datuk Seri Najib Razak tidak perlu berlakon dalam isu kehilangan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, selepas skandal itu diketahui umum.
Katanya, perdana menteri sudah mengetahui perkara itu sejak Februari 2017 namun tidak mengarahkan pihak berkuasa menyiasat perkara itu.
Beliau merujuk kenyataan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad ketika sidang media pada 21 Disember lalu, yang mengatakan beliau telah memaklumkan perkara itu sebaik sahaja mendapat tahu mengenainya, pada Februari lalu.
"Perdana Menteri tak perlu berlakon kata perlu siasat, sedangkan beliau tahu sejak Februari 2017. Mengapa ketika itu tak arah siasatan dibuat?
"Seperti kata Shahrir, beliau (Najib) hanya arahkan audit dan rundingan dibuat. Nak runding apa, tanah sudah hilang," katanya (gambar) pada sidang media selepas penyerahan memorandum oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Sehari selepas isu itu didedahkan kepada umum, iaitu pada 22 Disember lalu, Najib menerusi Twitter berkata telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan dan menjamin tindakan akan diambil berdasarkan siasatan.
HARAPAN dan ANAK menyerahkan memorandum itu bagi menggesa SPRM meneruskan siasatannya, susulan kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki bahawa isu itu tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa.
Siasat Najib juga
Azam dilaporkan berkata, kes itu melibatkan kelemahan urus tadbir dan maka tertakluk di bawah siasatan polis.
HARAPAN dan ANAK mempersoalkan kesimpulan itu memandangkan SPRM belum pun mengambil keterangan Tan Sri Isa Samad selaku pengerusi Felda dan Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd ketika tanah bernilai RM270 juta itu berpindah hak milik.
Faiz berkata SPRM bukan sahaja perlu menyiasat Isa, tetapi juga Najib.
Beliau mendakwa penukaran hak milik tanah memerlukan kelulusan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWPKL) dan ia turut melibatkan dihadiri wakil daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Mana mungkin pegawai JPM yang ada dalam lembaga exco tanah boleh memberi kelulusan tanpa membawanya kepada perdana menteri, apatah lagi ini melibatkan tanah awam dan mercu tanda Felda.
"Takkan pegawai kerajaan berani membuat keputusan sebegini besar tanpa tanya bosnya. Maka SPRM bukan sahaja perlu siasat Isa, tetapi Najib sendiri," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: