Judul : Skandal Felda: Shahrir dah tak sanggup pikul biawak hidup.....
link : Skandal Felda: Shahrir dah tak sanggup pikul biawak hidup.....
Skandal Felda: Shahrir dah tak sanggup pikul biawak hidup.....
Demikianlah Artikel Skandal Felda: Shahrir dah tak sanggup pikul biawak hidup.....
Sekianlah artikel Skandal Felda: Shahrir dah tak sanggup pikul biawak hidup..... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skandal Felda: Shahrir dah tak sanggup pikul biawak hidup..... dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/skandal-felda-shahrir-dah-tak-sanggup.html
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad dianggap tidak lagi mahu memikul ‘biawak hidup’ apabila mendedahkan kebenaran berlakunya penyelewengan dan rasuah dalam skandal membabitkan tiga bidang tanah Felda di Jalan Semarak sebagaimana didedahkan oleh media arus perdana baru-baru ini.
Tun Dr Mohamad berpendapat tindakan Shahril itu melalui sidang media tergemparnya sejurus dilaporkan Berita Harian pada Khamis lalu, menunjukkan Shahrir tidak lagi mahu bersekongkol dengan kepincangan yang berlaku dalam Felda.
“Saya fikir Shahrir pun tak larat nak pikul ‘biawak hidup’ ini…terpaksa dedah perkara yang berlaku.
“Ini kerana kalau boleh yang terlibat nak sembunyikan. SPRM kata kes pindah hak milik tanah Felda RM270juta tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa, sedangkan belum lagi periksa (siasat) sudah kata tiada unsur rasuah,” ujarnya dalam satu rakaman video berdurasi 4minit yang disiarkan di laman facebook parti itu hari ini.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu mengaitkan dakwaan sama berlaku terhadap Najib dengan derma RM2.6bilion.
“Tetapi Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) menyatakan derma tersebut tiada unsur rasuah dan tiada sebarang kesalahan dilakukan perdana menteri.
“Sama macam apa yang terdapat dalam bank Najib RM2.6bilion tetapi Peguam Negara memutuskan tiada kesalahan- jadi sekarang ini kita tidak tahu siapa hakim, pendakwaraya dan siapa ahli Umno kita tidak tahu,” ujarnya.
Dr Mahathir mendakwa individu di peringkat atasan Felda dan Kerajaan berkemungkinan terbabit dan mendapat faedah dalam skandal membabitkan tiga bidang tanah Felda di Jalan Semarak ini.
“Tidak payah tanya sesiapa, dia buat keputusan sendiri apa-apa keuntungan akan dapat pada diri dia. Ini bermakna yang memimpin ‘top man’ begitu berkuasa.
“Saya percaya ada keuntungan tertentu sebab itu dia sanggup curi tanah Felda jual pada orang sampai Ahli Lembaga Pengarah pun tidak tahu,” ujarnya.
Dr Mahathir berkata, penyelewengan berlaku sepanjang masa terhadap insitusi atau syarikat milik kerajaan di negara
ini.
“Perkara ini berlaku sepanjang masa nampak saja ada badan yang mempunyai harta atau duit, akan ada cadangan bagaimana nak curi duit itu.
“Ini berlaku kepada Felda dan Tabung Haji berlaku juga kepada Kerajaan Malaysia apabila tanah di Kuala Lumpur nilai lebih kurang RM7,000 sekaki persegi dijual kepada 1MDB pada harga RM60 dan 1MDB jual balik kepada Tabung Haji dengan harga RM3,000 sekaki persegi.
“Ini cara mereka menipu dan ambil harta rakyat dijadikan duit supaya duit itu boleh masuk poket orang tertentu,” dakwanya.
Ditanya ada pemimpin Umno yang tidak mahu mengaitkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak membabitkan skandal tanah Felda di Jalan Semarak ini, sedangkan beliau juga adalah menteri
kewangan yang sepatutnya mengetahu transaksi berlaku?
Bekas perdana menteri ini berkata, Felda bukan pihak yang mengurus tetapi skandal Felda ini tidak ubah seperti apa yang berlaku dalam urusniaga mata wang asing forex- Bank Negara Malaysia, katanya. .
“Berlaku ujian dalam perniagaan mata wang Bank Negara Malaysia maka perdana menteri terdahulu dipersalahkan dan akan diambil tindaan undang-undang.
“Nak suruh polis siasat… jadi macamana PM tidak terlibat dalam kes Felda kali ini kerana benda yang besar mesti dilapor kepada PM.
“Kita hairan dalam kes nak bayar orang membuat umrah perkara ini dilulus dalam kabinet dia (Najib) tidak tahu apa yang dia nak luluskan pun…jika ada kerajaan macam ni rosaklah,” ujarnya yang berpandangan perdana menteri harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal tanah Felda di Jalan Semarak ini.
Read More / Baca Lagi >>