Judul : Skandal Felda: Polis akan panggil Isa Samad
link : Skandal Felda: Polis akan panggil Isa Samad
Skandal Felda: Polis akan panggil Isa Samad
Demikianlah Artikel Skandal Felda: Polis akan panggil Isa Samad
Sekianlah artikel Skandal Felda: Polis akan panggil Isa Samad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skandal Felda: Polis akan panggil Isa Samad dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/skandal-felda-polis-akan-panggil-isa.html
POLIS akan memanggil bekas pengerusi Felda Mohd Isa Samad untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung urus niaga tanah yang meragukan membabitkan hartanah agensi itu di Kuala Lumpur, lapor Astro Awani.
Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim berkata keterangan Isa amat penting dalam siasatan polis untuk memastikan sama ada wujud elemen penipuan dalam urus niaga RM270 juta itu atau tidak, lapor portal berkenaan.
Noor Rashid berkata ini memandangkan Isa adalah sebahagian daripada pihak pengurusan tertinggi Felda ketika pemindahan hak itu berlaku pada 2014.
Polis dijangka memanggil Isa minggu depan, katanya.
Beliau juga menambah sudah mengarahkan kenyataan pengadu direkodkan dalam tempoh dua hari lagi.
"Memandangkan beliau terlalu sibuk, kita masih belum mengambil kenyataannya, tetapi kita akan melakukannya apabila beliau kembali ke Malaysia. Saya sudah mengarahkan kenyataannya diambil sama ada esok atau lusa," kata Rashid.
Rashid berkata polis menyiasat kes itu di bawah penipuan dan memalsukan dokumen.
"Kami meneliti laporan yang diserahkan pada 12 Disember oleh pegawai kanan Felda, dan kami mendapati beberapa asas untuk melancarkan siasatan ke atas kes itu (urus niaga tanah)," katanya.
Beliau menambah pihak polis setakat ini sudah mengambil kenyataan daripada beberapa saksi berkaitan kes itu.
"Kami akan bersedia untuk mendapatkan semua kenyataan pada minggu depan," katanya ketika ditanya mengenai Isa.
"Kami sudah merekodkan kenyataan daripada pegawai Felda, Pejabat Tanah, serta Pendaftar Pertubuhan Syarikat. Kami juga memperoleh beberapa dokumen mengenai syarikat yang terlibat dalam kes ini," katanya.
Bagi tempoh penyiasatan, Rashid berkata ia mungkin mengambil sedikit masa untuk menyelesaikannya.
"Ia berdasarkan kemajuan kes dan analisis yang kami lakukan. Ia akan mengambil sedikit masa," katanya.
Read More / Baca Lagi >>