Judul : Skandal tanah Felda 'puaka untuk semua'
link : Skandal tanah Felda 'puaka untuk semua'
Skandal tanah Felda 'puaka untuk semua'
Demikianlah Artikel Skandal tanah Felda 'puaka untuk semua'
Sekianlah artikel Skandal tanah Felda 'puaka untuk semua' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skandal tanah Felda 'puaka untuk semua' dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/skandal-tanah-felda-puaka-untuk-semua.html
Sikap Datuk Seri Najib enggan mengambil tanggungjawab atas skandal yang berlaku dalam Felda memalukan orang Melayu dan Muslim kerana ia seolah-olah menunjukkan pemimpin tidak peka dengan maruah politik, kata veteran PAS.
Menurut Subky Latif ketika orang kafir begitu peka terhadap maruah, orang Islam pula mempersetankan aspek berkenaan dengan terus tidak mengambil tanggungjawab atas kelemahan pentadbirannya.
"Willy Brandt, canselor kafir Jerman Barat pada tahun 1970 meletak jawatan kerana skandal seorang menterinya. Bukan salahnya. (Tapi) demi menjaga maruah politik, dia (Brandt) meletak jawatan.
"Malulah orang Melayu/Islam tidak peka dengan maruah politik. Orang kafir pekakan maruah, orang Islam persetankan maruah," katanya dalam tulisan disiar portal rasmi PAS, Harakahdaily.
Isu pemilikan tanah Felda mula menjadi perhatian apabila ia didedahkan sebuah akhbar arus perdana pada minggu lalu.
Ekoran pendedahan itu Felda membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat sama ada wujud penyelewengan atau penipuan terhadap pemaju induk bagi projek di atas tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad berkata laporan terhadap syarikat itu dibuat bagi mendapatkan semula pemilikan untuk empat bidang tanah yang keseluruhannya dianggar bernilai RM270 juta.
Pada 23 Dis Berita Harian melaporkan nilai tanah yang diambil syarikat terbbait mungkin empat kali lebih tinggi berbanding harga jualannya.
Tanah tersebut dijual Felda kepada syarikat tersebut dengan harga RM270 juta pada 2015 dan urus niaga itu didakwa meragukan.
Macam raja Felda
Memetik jurunilai bebas Berita Harian melaporkan harga tanah itu sekarang sebenarnya dianggarkan mencecah RM1 bilion.
Pada 22 Dis perdana menteri mengarahkan siasatan terperinci dijalankan terhadap kes pemindahan hak milik tanah berkenaan dan berjanji mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kecuaian atau salah laku dalam transaksi berkenaan.
"Saya mahu siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa serta-merta. Tindakan akan diambil terhadap sebarang kecuaian atau salah laku, berasaskan laporan siasatan.
"Kepentingan Felda dan peneroka mesti sentiasa kita jaga dalam segala usaha pembangunan," katanya.
Subky yang juga bekas pengarang akhbar berkata amat ajaib jika Najib tidak tahu menahu tanah berkenaan bertukar milik kepada syarikat lain.
"Dia bukan sekadar perdana menteri bahkan pegawai besar paling berkuasa di Felda yang statusnya boleh dikira seperti raja Felda. Cuma ladang negara itu tidak distatuskan sebagai Felda Diraja.
"Maka amat ajaiblah jika (songlap) tanah Felda itu tidak diketahuinya.
"Bukan pula mustahil dia tidak tahu seperti sindiran cerita rakyat Barat yang popular iaitu Raja Berbaju Baru.
"Raja tidak menyangka dia ditipu penyangak yang mengaku boleh sediakan pakaian ajaib yang tidak dapat dilihat oleh orang bebal," kata Subky lagi.
Menurut Subky lagi hanya dalam situasi raja yang ditipu pengampunya saja Najib boleh tidak tahu mengenai status tanah Felda berkenaan.
Mahu keluar dari puaka
Sebagai pemimpin berwibawa, katanya, Najib sepatutnya dibekalkan dengan semua maklumat dan nasihat oleh seluruh pegawainya.
"Maka (sepatutnya) tiada sesuatu dirahsiakan kepadanya.
"Jika mungkin perdana menteri ditipu seperti pencurian dalam 1MDB, maka amat rendah wibawanya unuk menjadi perdana menteri dan hilang kelayakan menjadi raja Felda," katanya.
Read More / Baca Lagi >>