'Tak mustahil Khalid permudah kerjasama Umno-PAS'

'Tak mustahil Khalid permudah kerjasama Umno-PAS' - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Tak mustahil Khalid permudah kerjasama Umno-PAS', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Tak mustahil Khalid permudah kerjasama Umno-PAS'
link : 'Tak mustahil Khalid permudah kerjasama Umno-PAS'

Baca juga


'Tak mustahil Khalid permudah kerjasama Umno-PAS'



Demikianlah Artikel 'Tak mustahil Khalid permudah kerjasama Umno-PAS'

Sekianlah artikel 'Tak mustahil Khalid permudah kerjasama Umno-PAS' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Tak mustahil Khalid permudah kerjasama Umno-PAS' dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/tak-mustahil-khalid-permudah-kerjasama.html
Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor berpendapat tidak mustahil bekas bendahari agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi pemudah cara kerjasama PAS dan Umno.
Timbalan Pengerusi HARAPAN Selangor, Ir Izham Hashim, berkata Khalid diketahui memang mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan tertinggi PAS dan Umno.
"Kemesraan pimpinan PAS dengan Datuk Seri Najib Razak kebelakangan ini memungkinkan kerjasama PAS dan Umno berlaku dengan lebih mudah.
“PAS dah mengakui sebelum ini yang mereka nak jadi king maker, maka mereka akan bergabung dengan parti mana yang memberi tawaran terbaik,” tambah Izham yang juga pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor.
Semalam Khalid membuat kejutan apabila hadir serentak bersama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ke majlis Konvensyen Umno Selangor di PWTC, Kuala Lumpur.

Mula dikenali sebagai tokoh korporat, Khalid menyertai politik selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatannya dalam kerajaan serta parti.
Beliau dipilih menjadi calon PKR untuk pilihan raya kecil Ijok namun kalah, tetapi berjaya merampas kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2008.
Boleh cetus perbalahan
Khalid kemudian dilantik menjadi menteri besar Selangor sebelum diketepikan oleh PKR. Beliau kemudian dipecat parti berkenaan pada 2014.
Tindakan itu membawa Khalid lebih dekat dengan pimpinan tertinggi PAS sehingga disebut-sebut bakal menyertai parti berkenaan.
Bagaimanapun setakat ini Khalid kekal sebagai anggota parlimen bebas mewakili Bandar Tun Razak.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie (gambar) berkata pendekatan politik bekas menteri besar itu tidak mengikut peredaran masa. “Sayang sekali zamannya beliau susah berlalu.
"Cara politik Khalid tidak mengikut acuan politik sebenar," kata Shuhaimi.
Malah, beliau menjangkakan pendekatan Khalid itu boleh mencetuskan pertelagahan.
“Pendekatan itu mungkin sesuai dengan jiwanya namun saya lihat ia tidak selari dengan apa yang dibawa oleh PAS, apatah lagi Umno.
“Pasti akan ada konflik di kemudian hari,” kata Shuhaimie ketika dihubungi Malaysiakini.
Khalid sebelum ini menjadi ahli Umno selama hampir 30 tahun sebelum menyertai PKR pada 2006.
Beliau menjadi menteri besar Selangor yang pertama daripada PKR selepas Pakatan Rakyat memenangi negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008.

Subscribe to receive free email updates: