Boikot pilihan raya atau undi rosak: Satu manifesto anak muda

Boikot pilihan raya atau undi rosak: Satu manifesto anak muda - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Boikot pilihan raya atau undi rosak: Satu manifesto anak muda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Boikot pilihan raya atau undi rosak: Satu manifesto anak muda
link : Boikot pilihan raya atau undi rosak: Satu manifesto anak muda

Baca juga


Boikot pilihan raya atau undi rosak: Satu manifesto anak muda



Demikianlah Artikel Boikot pilihan raya atau undi rosak: Satu manifesto anak muda

Sekianlah artikel Boikot pilihan raya atau undi rosak: Satu manifesto anak muda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Boikot pilihan raya atau undi rosak: Satu manifesto anak muda dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/boikot-pilihan-raya-atau-undi-rosak.html
KETIKA Pakatan Harapan (PH) mengumumkan calon perdana menteri beberapa hari lalu, saya sedang kedinginan di kota Tokyo. Suhu turun serendah 2 darjah Celcius.
Bersama-sama ketika saya menggeletar kedinginan pada hujung minggu itu adalah buku "Perahu Mabuk" tulisan Saut Situmorang.
Saat saya membaca berita Dr Mahathir Mohamad adalah calon seksi dan sensasi yang ditunggu-tunggu itu, saya berada dalam tren Fukutoshin Line dari Chikatetsu Akatsuka menuju ke stesen Shinjuku. Dan pantas saya teringat sajak cinta Situmorang yang bertajuk "Hujan dan Memori".
Tulisnya:
“aku akan melupakanmu tapi aku akan ingat namamu
aku akan melupakanmu tapi aku akan mengingat wajahmu
aku akan melupakanmu tapi aku akan mengingat cintamu, dulu
mana mungkin hujan berhenti turun ke bumi, mana mungkin aku berhenti mengenangmu?”
Sebagai anak muda yang membesar dengan terma "pembonsaian pemikiran" oleh Hishamuddin Rais yang merujuk gaya-autokratik-autoritarian-Mahathirisme, pencalonan Dr Mahathir adalah tamparan besar.
Hari ini pada 2018, segala kejahatan "Mahafiraun" dan "Mahazalim" itu sudah hilang. Lebih dahsyat tamparan ini datangnya daripada Hisham sendiri, yang sebelumnya menulis makalah pembersihan dan penyucian bertajuk "Mengepung kota dari desa".
Maka dengan kata kunci seperti "Bani Melayu" dan kata kerja seperti "Melayu kunci perubahan", Dr Mahathir kini disucikan oleh Hisham sendiri. Dr Mahathir pada 2018 persis seorang bayi, suci, putih dan disucikan, ditayamumkan oleh Hisham.
Karl Mannheim, sosiolog kelahiran Hungary pernah menulis Ideologi dan Utopia dalam bahasa Jerman pada 1929: “Setiap individu akan berdepan dengan dua sisi ketika membesar dalam sebuah masyarakat: Di satu pihak dia mendapati situasi yang telah sedia dibuat dan di pihak lain yang dia dapati situasi yang pada akhirnya membentuk pola pemikiran dan tingkah laku,”.
Sarjana Jerman ini sebenarnya sedang berbicara mengenai bagaimana manusia berfikir, bukan sebagai individu tetapi sebagai instrumen aksi kolektif terutamanya dalam politik.
Jadi apakah yang sedang berlaku sebenarnya? Mengapa, akhirnya Reformasi menentang "political animal" yang dimulakan 20 tahun lalu pada hari ini terpaksa mengambil pusingan U dengan membuat upacara penyucian hadas besar-besaran?
Mengapa propaganda gaya Goebbels dilancarkan oleh aparat politik dalam PH semata-mata untuk memiliki tiga hingga lima peratus undi Melayu? Apakah benar tiada pemimpin muda yang berkelayakan dalam PH?
Elit vs Massa
Maka jika benar seperti kata Hisham, PH terdesak menggunakan Dr Mahathir semata-mata kerana mahukan tiga hingga lia peratus undi Melayu, ini memberikan satu signal kepada anak muda.
Propaganda meletakkan muka Dr Mahathir sebagai muka depan PH adalah sejenis propaganda jahat untuk menipu orang Melayu di kampung-kampung.
Jadi, hari ini perlawanan politik yang sedang kita saksikan bukanlah perlawanan ideologi atau pertarungan dasar siapa yang paling ampuh untuk dimajukan kepada masyarakat.
Persis seperti tulis Hitler dalam Mein Kampf: "Propaganda haruslah sentiasa berfungsi untuk orang ramai. Semua propaganda mesti dibentangkan dalam bentuk yang popular dan mesti ditetapkan tahap intelektualnya supaya tidak terlalu tinggi. Seni propaganda yang paling baik adalah yang dapat membangkitkan imaginasi orang ramai melalui rayuan terhadap perasaan mereka, dalam bentuk psikologi yang sesuai untuk menangkap perhatian dan merayu kepada hati rakyat jelata. Orang ramai bukan terdiri daripada diplomat atau profesor...”
Jadi, di sini dilemanya. Untuk anak muda, tidak ada yang baiknya dengan pencalonan Dr Mahathir ini. Walau ditayamum atau dihadas dengan sejuta propaganda ala-Goebbels oleh Hisham sekalipun, darah di tangannya tidak akan hilang.
Malah untuk anak muda, kleptokrasi, kronisme, nepotisme, rasuah-isme serta krisis budaya yang sedang kita hadapi hari ini lahir dari darah di tangan Dr Mahathir.
1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak lahir begitu sahaja. Najib Razak bukan masuk politik 10 tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: