Katanya, ia adalah suasana di mana rakyat dan pengundi semakin tidak bermaya untuk berdepan dengan pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.
“Rata-rata daripada mereka suarakan rasa muak dengan politik hari ini. Mereka kecewa dan menyampah bukan sahaja dengan pihak sebelah sini atau sana tetapi dengan kedua-duanya.
Mohamad Ezam Mohd Nor “Ini bukan fenomena biasa. Biasanya pengundi dan rakyat akan menyokong atau tidak. Menyokong salah satu daripada dua pihak. Kali ini kelihatan mereka tidak menyokong kedua-duanya seolah-olah keliru dan ini bahaya buat negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, perkara tersebut disebabkan oleh krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara pada hari ini.
“Tetapi dalam yang sama rakyat juga masih belum dapat mengalihkan atau menggantikan keyakinan itu kepada pihak lain. Kita tersimpul dalam satu