MCA, Gerakan bantah sempadan baru pilihan raya Petaling Jaya Utara

MCA, Gerakan bantah sempadan baru pilihan raya Petaling Jaya Utara - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA, Gerakan bantah sempadan baru pilihan raya Petaling Jaya Utara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA, Gerakan bantah sempadan baru pilihan raya Petaling Jaya Utara
link : MCA, Gerakan bantah sempadan baru pilihan raya Petaling Jaya Utara

Baca juga


MCA, Gerakan bantah sempadan baru pilihan raya Petaling Jaya Utara



Demikianlah Artikel MCA, Gerakan bantah sempadan baru pilihan raya Petaling Jaya Utara

Sekianlah artikel MCA, Gerakan bantah sempadan baru pilihan raya Petaling Jaya Utara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA, Gerakan bantah sempadan baru pilihan raya Petaling Jaya Utara dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/mca-gerakan-bantah-sempadan-baru.html
KERUSI Petaling Jaya Utara dengan jumlah pengundi 82,000 perlu dikekalkan sebagai kawasan satu kerusi Parlimen dan dua kerusi negeri kerana ia lebih mudah diuruskan, kata Penyelaras MCA Bahagian Kampung Tunku, Ch’ng Soo Chau.
Dua kerusi negeri itu- Bukit Tunku (N35) mempunyai 32,000 pengundi berdaftar sementara Bukit Damansara (N36) pula mempunyai 50,000 pengundi berdaftar.
Ch’ng yang juga merupakan timbalan pengerusi MCA Petaling Jaya antara penduduk Petaling Jaya Utara yang hadir pada pendengaran awam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Hotel Concorde, Shah Alam bagi menghantar bantahan mereka terhadap proses persempadanan semula dilakukan SPR di Selangor.
“Kami bantah persempadanan semula kerana kemi merasakan pengundi di kawasan ini perlu berada dalam jumlah 100,000 pengundi sahaja.”
Katanya, kawasan itu lebih mudah diuruskan dengan jumlah pengundi sebanyak itu.
Dua kerusi negeri di bawah kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara (P106) kata Ch’ng mewakili ciri Petaling Jaya dan kerusi tambahan tidak akan membuatkan keadaan bertambah baik.
“Ia tidak akan mewakili Petaling Jaya. Di bawah cadangan persempadanan semula, kerusi Damansara Utama akan ditukar kepada Bandar Utama, akan ada kerusi baru dan ada juga Bukit Lanjan. Jumlah pengundi akan menjadi 151,000. Ia adalah kawasan perwakilan terbesar di negara ini yang saya tahu,” kata Ch’ng.
Katanya, kawasan itu akan menjadi terlalu besar dan menyukarkan wakil rakyat untuk menguruskan kawasan dalam bandar ini.
Katanya, kawasan Bukit Lanjan sahaja lebih besar berbanding kerusi Parlimen Petaling Jaya sedia ada. Ia bermula dari Sri Damansara sehingga ke Sungai Buloh, malah merangkumi sebahagian Selayang.
“Disebabkan itu, kami membuat bantahan hari ini dan berharap ia kembali kepada status asal dengan dua kerusi negeri di Petaling Jaya Utara,” katanya.
Awal hari ini, seorang ahli Gerakan juga menyifatkan persempadanan semula itu sebagai “gerimander paling hebat berlaku” kerana mencadangkan perubahan P106 kepada Damansara dan meningkatkan pengundinya kepada 75%.
Penyelaras Gerakan Bukit Lanjan (N37), Syed Abdul Razak Alsagof berkata demikian selepas menghantar bantahan kepada SPR.
“Saya bantah sekerasnya kerana ini adalah gerimander paling hebat berlaku kerana mereka membuang 7 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dari Bandar Utama dan Kampung Sungai Ara berbanding 17 sebelum ini dan mereka berikan saya 6 PDM baru dari Templer dan 5 dari Paya Jaras.
“Ini meningkatkan pengundi Cina daripada 57% kepada 62% (47,000 kepada 61,000 pengundi),” katanya.
Katanya lagi, cadangan itu memberikan lebih ramai pengundi Cina dan mengurangkan pengundi Melayu di kawasannya.
“Orang Melayu di kawasan saya daripada 28% kurang kepada 26% dan pengundi Cina meningkat daripada 57% kepada 62% tetapi pengundi India kekal sama sebanyak 12%.
“Gerimander ini adalah pelanggaran Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang bercakap tentang hukum perkadaran,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: