Felda: Mahu Shahrir jawab ya atau tidak.!!

Felda: Mahu Shahrir jawab ya atau tidak.!! - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Felda: Mahu Shahrir jawab ya atau tidak.!!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Felda: Mahu Shahrir jawab ya atau tidak.!!
link : Felda: Mahu Shahrir jawab ya atau tidak.!!

Baca juga


Felda: Mahu Shahrir jawab ya atau tidak.!!



Demikianlah Artikel Felda: Mahu Shahrir jawab ya atau tidak.!!

Sekianlah artikel Felda: Mahu Shahrir jawab ya atau tidak.!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Felda: Mahu Shahrir jawab ya atau tidak.!! dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/felda-mahu-shahrir-jawab-ya-atau-tidak.html

SEGAMAT – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mahu Pengerusi Felda, Tan Sri Sharir Abdul Samad segera menjawab dakwaan bahawa berlakunya pengeluaran simpanan milik Felda di Maybank.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pengeluaran berkenaan didakwa berlaku disebabkan Felda tidak mempunyai duit dan terpaksa mengorek saki baki atau sumber wang yang ada termasuk simpanan tersebut.
“Duit yang dikeluarkan ini telah disimpan selama berpuluh tahun dan dividennya setiap tahun sahaja telah mencecah berpuluh juta ringgit. Saya minta Shahrir jawab dakwaan saya ini dengan betul atau tidak sahaja.
“Saya juga dimaklumkan simpanan yang dikeluarkan ini berjumlah RM2 bilion dan ini bermakna duit simpanan dalam akaun Felda telah lesap. Sebab itu saya mahu Shahrir mengesahkan atau menafikan dakwaan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu Majlis Ramah Mesra Warga Felda di Felda Redong, di sini.
Turut hadir ialah Naib Presiden Amanah Negeri Johor, Dr Sulaiman Mohd Nor; Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Ithnin dan Penyelaras Parlimen Sekijang, Tan Poh Lai.
Menurutnya, beliau juga meramal Felda akan menjual sebahagian kepentingannya di dalam Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) selepas PRU14 kerana Felda memerlukan duit tunai untuk meneruskan kelangsungannya.
“Bila Felda hendak jual ekuitinya di dalam FGV, timbul pula persoalan kepada siapa hendak dijual dan saya yakin pembelinya adalah syarikat-syarikat besar dari negeri China seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Ramalan saya yang kedua adalah ada pihak yang menawarkan diri membeli tanah-tanah peneroka kerana kebanyakan hutang peneroka Felda melebihi RM100,000 seperti kes Felda Cahaya Baru di Masai dan Felda Sungai Buaya di Rawang, Selangor,” katanya.
Beliau berkata, dua ramalan beliau berkaitan Felda sebelum ini juga menjadi kenyataan iaitu pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan penyenaraian FGV di dalam Bursa Malaysia yang  mengakibatkan Felda serta peneroka mengalami kerugian.
Katanya, beliau juga mendakwa kemelut yang berlaku di dalam Felda ini disebabkan oleh pelantikan Isa sebagai pengerusi sebelum ini selain berasa simpati terhadap Shahril yang terpaksa memikul tanggungjawab untuk memulihkan semula Felda.

Subscribe to receive free email updates: