PRU14: Pas Kelantan di era paling lemah - Ku Li

PRU14: Pas Kelantan di era paling lemah - Ku Li - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Pas Kelantan di era paling lemah - Ku Li, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Pas Kelantan di era paling lemah - Ku Li
link : PRU14: Pas Kelantan di era paling lemah - Ku Li

Baca juga


PRU14: Pas Kelantan di era paling lemah - Ku Li



Demikianlah Artikel PRU14: Pas Kelantan di era paling lemah - Ku Li

Sekianlah artikel PRU14: Pas Kelantan di era paling lemah - Ku Li kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Pas Kelantan di era paling lemah - Ku Li dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pru14-pas-kelantan-di-era-paling-lemah.html
GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, mengakui Pas Kelantan berada di era paling lemah dan hilang taring selepas ketiadaan bekas  Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, era pemerintahan Pas kini semakin pincang dan terbukti dengan perpecahan ahli sehingga wujudnya parti-parti serpihan.
Beliau yakin, ini adalah waktu yang sesuai bagi Umno merampas kuasa di Kelantan sekiranya parti itu mahu mengekalkan penyokong yang setia bersama.
"Pas dulu dan sekarang sudah lain. Kini kita menyaksikan ramai ahli parti (Pas) kecewa dengan pimpinan sedia ada sehingga berlakunya perpecahan.
"Golongan intelek mula keluar dengan menubuhkan parti baharu sebagai pembangkang sekaligus memberi pukulan hebat kepada Pas.
"Untuk menggantikan tenaga-tenaga yang hilang itu bukan mudah. Sebab itu, Umno perlu merebut peluang dengan kerja bersungguh-sungguh. Kalau tidak, kita juga akan kehilangan penyokong," katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Jalinan Rakyat (JR) Plus peringkat Parlimen Gua Musang di Dewan Terbuka Bukit Cekati, di sini.
Ditanya mengenai kerjasama antara BN dengan Pas bagi mendepani PRU14, beliau menolak dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa BN akan tetap menentang Pas.
Sementara itu, Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh bukanlah sesuatu yang pelik.
"Dalam politik, semua lawan kita akan kata kita lemah. Itu adalah cara mereka untuk meraih kepercayaan rakyat.
"Namun, kita sendiri sedia maklum dan tahu bagaimana sokongan rakyat terhadap kita (Pas).
"Malah, kita sedia berdepan dengan Umno pada PRU14 di mana rakyat sendiri tahu terlalu banyak permasalahan dan isu berbangkit yang tidak dapat ditangani (Umno) sehingga kini," katanya lagi.

Subscribe to receive free email updates: