Malaysia perlukan Dr Mahathir yang reformis

Malaysia perlukan Dr Mahathir yang reformis - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia perlukan Dr Mahathir yang reformis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia perlukan Dr Mahathir yang reformis
link : Malaysia perlukan Dr Mahathir yang reformis

Baca juga


Malaysia perlukan Dr Mahathir yang reformis



Demikianlah Artikel Malaysia perlukan Dr Mahathir yang reformis

Sekianlah artikel Malaysia perlukan Dr Mahathir yang reformis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia perlukan Dr Mahathir yang reformis dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/malaysia-perlukan-dr-mahathir-yang.html
SEDAR tidak sedar, September akan datang ini gerakan reformasi yang tercetus akibat pemecatan Anwar Ibrahim akan genap usianya 20 tahun.
Reformasi menumbuhkan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Reformasi sebagai agenda politik bermaksud perubahan sistem politik, ekonomi, budaya dan sosial melalui cara, kaedah dan proses dalam sistem negara itu sendiri.
Reformasi bukanlah revolusi politik, suatu perubahan sistem politik negara yang berlaku secara pantas, cepat, huru-hara dan jarang sekali ada revolusi yang tidak bergenang dengan darah, misalnya Revolusi Bolshevik di Russia, Revolusi Kemerdekaan Indonesia atau Revolusi Kaum Tani pimpinan Mao Zedong di China.
Gerakan reformasi menganjurkan siri demonstrasi jalanan sepanjang 1998 hingga 2003, yang dinamakan sesetengah sarjana dan pengkaji politik akan tempoh waktu itu sebagai era reformasi, kadangkala disempitkan pula kepada sekadar gerakan demonstrasi jalanan mendesak pembebasan Anwar semata-mata.
Reformasi suatu gerakan politik aman, anti keganasan, berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang dan keadilan. Ia bukan mahu menghancurkan sistem bernegara yang ada, tetapi mahu memperbaiki sistem itu yang dilihat telah dirosakkan Umno/BN yang memerintah Malaysia sejak 1957.
Reformasi mengembalikan gagasan pakatan politik pembangkang bagi menghadapi parti pemerintah Umno/BN dengan taktik satu lawan satu dalam strategi barisan bersatu pada pilihan raya umum.
Sebagai gerakan politik tanah air, reformasi sudah teruji, mampu bertahan selama tempoh waktu itu. Ketahanan gerakan reformasi berupaya mengharungi pelbagai bentuk cabaran lebih-lebih lagi cara berpolitik kepartian Malaysia yang penuh dengan intrik, muslihat gelap dan strategi yang menipu itu.
Justeru hari ini, selain daripada perubahan zaman yang dibawa teknologi maklumat, kita dapat melihat Umno/BN mengambil agenda yang sudah pun diperjuangkan gerakan reformasi sejak dua dekad lalu.
Dalam banyak hal pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak – yang walau pun boleh diperdebatkan lagi, sedikit sebanyak mengambil agenda reformasi dengan pelaksanaan beberapa dasar dan perubahan undang-undang.
Benar, agenda reformasi diserap menjadi agenda kerajaan. Tapi awas, ada bezanya barang ori dan barang palsu. Banyak perubahan dilakukan kerajaan Umno BN yang mengambil agenda reformasi sebenarnya bersifat kosmetik, mementingkan imej, penampilan daripada inti pati sebenar satu dasar reformasi yang tuntas dan menyeluruh.
Ini kerana bebanan sejarah pemerintahan Umno BN yang hampir 70 tahun itu tidak memungkinkan mereka berubah melaksanakan agenda reformasi yang sebenarnya.
Memang diberikannya BR1M melalui tangan kanan yang rapat dirakam kamera, dibesar-besarkan dan disebarkan ke merata dunia. Tetapi dalam masa sama, tangan kirinya dalam gelap mengambil wang jerih payah rakyat dengan cukai GST.
Benar segala penghulu, ketua kampung, tok sidang, tok imam dan tok siak ditaja 1MDB menunaikan Haji. Tetapi dalam masa yang sama lihatlah bagaimana indah dan bahagianya Jho Low berjoli katak bersama bintang Hollywood dan model ternama dunia di atas kapal persiaran yang juga dibelinya menggunakan ratusan juta duit 1MDB.
Alangkah baiknya duit ini diguna membantu pendidikan atau belanja perubatan rakyat.
Sama juga halnya dengan penghapusan empat tol. Pada masa sama, dalam keadaan gelap banyak perjanjian konsesi tol dilanjutkan tempohnya. Yang empat dihapus dicanangkan, yang banyak disambung itu disenyap-senyapkan.
Tetapi adakah betul tanggapan rakyat Malaysia itu benar-benar bodoh hinggakan seolah-olah tidak tahu yang mereka ditipu selama pemerintahan Umno BN sejak kemerdekaan lagi?
Saya petik satu perenggan ikrar penting Anwar yang dilafazkan beliau sebagai Deklarasi Permatang Pauh, pada 12 September, 1998 sebuah dokumen sejarah penting gerakan reformasi bagi renungan bersama.
“Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.”
Untuk saya tiada paksaan dalam perjuangan. Tiada paksaan untuk kita memilih sesiapapun.  Buatlah apa-apa pilihan sekalipun selagi ia tidak membawa mudarat atau jenayah. Cuma saya akan berbesar hati jika rakyat Malaysia memilih Pakatan Harapan serta calon PM dan TPMnya.
Setelah hampir dua dekad, sebenarnya reformasi berjaya mereformasikan Dr Mahathir Mohamad sendiri. Jika tidak, beliau pada waktu itu tidak akan meletakkan jawatannya. Tetapi beliau memang seorang reformis, beliau meletakkan jawatannya pada 2003.
Cuba bersara dari politik, tetapi mendapati pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi tidak cukup kuat melaksanakan perubahan yang diingininya. Selanjutnya Najib terus memadamkan harapan beliau yang Umno boleh direformasikan ketika berkuasa.
Pada PRU14 mendatang ini, Dr Mahathir akan menjadi nakhoda yang mengemudi kapal pembangkang dalam ribut politik kleptokrasi yang dahsyat.
Benar Dr Mahathir punya sejarah pemerintahan yang dipertikaikan ramai pihak. Tetapi ramai pihak juga yang menyokong beliau. Sejujurnya, semua kita mempunyai sisi putih (baik) tentang Dr Mahathir yang membezakan hanyalah berapa besar sisi hitamnya menurut pandangan kita masing-masing.
Barangkali kesempurnaan hanya hadir dalam keseimbangan. Paling penting kemaafan telah dipinta Dr Mahathir dan sewajarnya silaturahim terjalin kembali antara Dr Mahathir dan Anwar, kembali pada keadaan sebelum pemecatan Anwar.
Saya teringat petikan lagu “Maafkan Kami” nyanyian Seniman Agong P. Ramlee dalam filem Pendekar Bujang Lapok.
“Wahai cik adik jangan marah sangat
Sedangkan Nabi ampunkan umat Kalau Cik Adik mukanya kelat Ke lubang jendela kami nak lompat
Nandung nandung dayang senandung Wahai saudari maafkan kami.”
Cukuplah. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mulai hari ini, kita berdamai untuk bergerak maju ke hadapan.
Benar rakyat Malaysia ditipu selama ini tapi rakyat tidak bodoh dan dungu. Teknologi terkini dengan aliran deras arus maklumat menyampaikan hampir segala-galanya kepada semua orang.
Makanya, tak perlu kita memaksa sokongan. Kita boleh bertukar-tukar pendapat dan pandangan, biarlah rakyat membuat pilihan dan saya yakin rakyat akan membuat pilihan yang bijak, sepintar teknologi terkini yang ada di tangan mereka.

Subscribe to receive free email updates: