Judul : Najib serang Dr Mahathir ‘Bapa Segala Tol’
link : Najib serang Dr Mahathir ‘Bapa Segala Tol’
Najib serang Dr Mahathir ‘Bapa Segala Tol’
Demikianlah Artikel Najib serang Dr Mahathir ‘Bapa Segala Tol’
Sekianlah artikel Najib serang Dr Mahathir ‘Bapa Segala Tol’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib serang Dr Mahathir ‘Bapa Segala Tol’ dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/najib-serang-dr-mahathir-bapa-segala-tol.html
Merujuk pemansuhan kutipan tol di beberapa lebuh raya hari ini, perdana menteri berkata ia berlainan dengan dasar seorang 'bekas pemimpin'
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini terus menyerang “pemimpin terdahulu”, seperti mana dalam semua serangannya terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Kali ini, Najib berkata pemansuhan 4 tol berkuat kuasa hari ini menunjukkan dasar yang berbeza daripada pentadbiran terdahulu.
“Beberapa tol telah dimansuhkan sejak 2009, termasuklah empat hari ini, dan harga tol juga terus dihadkan walaupun perjanjian konsesi menuntut ia dinaikkan hasil legasi seorang dua bekas pemimpin terdahulu,” katanya menerusi catatan di blog rasminya.
Menurutnya, pembangkang di Malaysia bersikap hipokrit kerana menyanjung seorang bekas pemimpin yang disifatkannya “bapa segala tol”.
“Mereka jugalah yang menyanjung tinggi dan mendukung Bapa Segala Tol, bekas pemimpin yang membuat perjanjian berat sebelah, menguntungkan sesetengah kroni tetapi merugikan dan menindas rakyat,” katanya.
Kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL) dan Bukit Kayu Hitam dihapuskan bermula hari ini.
Najib berkata keputusannya untuk menghapuskan tol itu menjadikan pembangkang resah, ketika ia diumumkan pada Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Oktober lalu.
“Ada yang kata pemansuhan ini adalah hasil usaha mereka, padahal hakikatnya Umnolah yang memperjuangkannya bersama komponen parti BN dan pemimpin kerajaan,” katanya.
Najib turut berkata pembangkang turut memiliki saham dalam beberapa konsesi tol.
“Malah, ada juga nak bina lebuh raya bertol di negeri yang mereka pimpin. Ada pula yang berjanji hapuskan tol sejak 2008 bila memimpin negeri, tapi sampai sekarang tol itu masih berada di situ. Kata-kata putar belit dan janji-janji manis yang ditabur kepada rakyat tak mungkin mampu mereka tunaikan.
“Kesemua ini hanya omong kosong, bukan sahaja tol, bahkan apa janji populis mereka kepada rakyat pun tidak mungkin dapat mereka laksanakan kerana hakikatnya mereka tidak mempunyai perancangan dan pelan kukuh untuk melaksanakannya,” katanya.