PAS yakin Pokok Sena kekal miliknya tanpa Mahfuz

PAS yakin Pokok Sena kekal miliknya tanpa Mahfuz - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS yakin Pokok Sena kekal miliknya tanpa Mahfuz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS yakin Pokok Sena kekal miliknya tanpa Mahfuz
link : PAS yakin Pokok Sena kekal miliknya tanpa Mahfuz

Baca juga


PAS yakin Pokok Sena kekal miliknya tanpa Mahfuz



Demikianlah Artikel PAS yakin Pokok Sena kekal miliknya tanpa Mahfuz

Sekianlah artikel PAS yakin Pokok Sena kekal miliknya tanpa Mahfuz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS yakin Pokok Sena kekal miliknya tanpa Mahfuz dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pas-yakin-pokok-sena-kekal-miliknya.html
PAS berkata kemenangan Mahfuz Omar dulu bukan kerana personalitinya semata-mata.
Ahmad-Fakhruddin-mahfuzPAS yakin akan mengekalkan kerusi Parlimen Pokok Sena pada pilihan raya umum akan datang walaupun Datuk Mahfuz Omar yang memenanginya beberapa kali di bawah tiket PAS kini meninggalkan parti itu.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata kemenangan PAS di kerusi itu bukannya bergantung kepada personaliti semata-mata, tetapi kekuatan parti itu sendiri.
“Undi kepada PAS dan tindakan Mahfuz adalah 2 perkara berbeza. PAS telah menggerakkan para petugas parti khususnya di Pokok Sena, bertemu dan menyantuni rakyat,” kataya kepada FMT.
Pada Ahad, Mahfuz yang juga bekas naib presiden PAS mengumumkan keluar parti itu, sambil berkata beliau mahu diberikan ruang sebelum memutuskan sama ada menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).
Keputusan itu bukan sesuatu yang memeranjatakan, malah sudah lama dijangka.
Mahfuz menjadi wakil rakyat kerusi Parlimen Pokok Sena sejak 1999 kecuali selama 4 tahun selepas ditewaskan calon Barisan Nasional pada 2004.
Susulan pemilihan PAS pada 2015, bekas tahanan ISA itu dilihat semakin rapat dengan pemimpin PH, gabungan 4 parti yang tidak disertai PAS.
Mahfuz juga tidak ada dalam senarai calon yang disediakan PAS Kedah bagi mewakili parti itu pada pilihan raya akan datang.
Pada pilihan raya 2013, Mahfuz merupakan satu-satunya ahli Parlimen PAS di Kedah yang berjaya mengekalkan kerusinya, mengalahkan calon BN, Shahlan Ismail.
Fakhruddin berkata, PAS sudah mempunyai calon sesuai menggantikan Mahfuz, dan berkata langkahnya keluar parti sudah dijangka.
“Keputusan Mahfuz tidak memberi kesan kepada persiapan jentera pilihan raya PAS Kedah kerana ahli PAS sejak awal lagi telah menjangkakan langkah politik yang beliau ambil,” tambah Fakhruddin.
‘Sesat politik’
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya sudah lama menjangkakan keputusan Mahfuz.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: