PRU14: Mahasiswa cakna pendukung perubahan

PRU14: Mahasiswa cakna pendukung perubahan - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Mahasiswa cakna pendukung perubahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Mahasiswa cakna pendukung perubahan
link : PRU14: Mahasiswa cakna pendukung perubahan

Baca juga


PRU14: Mahasiswa cakna pendukung perubahan



Demikianlah Artikel PRU14: Mahasiswa cakna pendukung perubahan

Sekianlah artikel PRU14: Mahasiswa cakna pendukung perubahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Mahasiswa cakna pendukung perubahan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pru14-mahasiswa-cakna-pendukung.html
Mahasiswa merupakan golongan yang harus diberi perhatian menjelang pilihan raya umum akan datang. Sejarah telah membuktikan bahawa suara mahasiswa mampu mempengaruhi situasi politik negara. Lihatlah pada tahun 1969, apabila Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menyatakan sokongan kepada pihak pembangkang dan menyaksikan buat pertama kali rekod Parti Perikatan atau kini dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) tercalar pada Pilihan Raya Umum ke-4. Himpunan Anti-Tunku dan Demonstrasi Papan Tanda antara peristiwa lain yang dapat kita ambil contoh bagaimana gerakan mahasiswa mampu untuk mendedahkan kelemahan kerajaan dalam isu Bahasa Melayu dan pendidikan.
Pengenalan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 telah mengekang suara mahasiswa dalam isu-isu di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Universiti sebagai tempat percambahan ilmu pengetahuan seharusnya digunakan oleh mahasiswa untuk berfikir dengan lebih kritis berkenaan dengan perkara yang bukan sahaja berada di dalam ruang lingkup akademik semata-mata tetapi mahasiswa harus juga diberi peluang untuk memikirkan tentang perkembangan mutakhir dalam negara dan antarabangsa supaya mereka ini sedar tentang perkembangan yang berlaku di seantero dunia. Janganlah golongan mahasiswa ini bergraduasi dengan hanya mengetahui kemahiran menulis, membaca dan mengira semata-mata sedangkan kemahiran-kemahiran tersebut telah pun dipelajari sejak pendidikan tadika lagi.
Namun begitu, berdasarkan pemerhatian penulis yang kini juga pemimpin mahasiswa di sebuah universiti tempatan, rata-rata mahasiswa tidak begitu berminat untuk mengambil tahu tentang perkembangan politik di dalam negara. Jumlah mereka yang tertarik dengan arena politik negara semakin membimbangkan terutamanya golongan yang berusia 18 hingga 25 tahun. Mahasiswa yang tidak peduli tentang perkembangan politik ini kebiasaannya merasakan politik tidak mampu mengubah apa-apa dan barangkali mereka sudah jemu dan bosan dengan sikap sang penguasa yang dilihat terus memainkan sentimen-sentimen kurang sihat seperti isu perkauman dan agama yang telah menyebabkan perhatian terhadap dasar-dasar pembangunan negara ditolak tepi angkara mahu terus berkuasa.
Hakikat yang harus ditelan walaupun pahit adalah pengenalan AUKU 1971 ini dilihat semakin efektif dalam mengekang suara mahasiswa dan secara perlahan-lahan telah menghakis minat mahasiswa untuk mengambil tahu hal ehwal negara.  Meskipun individu seperti Fahmi Zainol. Anis Syafiqah dan Asheeq Ali istiqamah dalam perjuangan kebebasan akademik, namun pihak pentadbiran universiti menggunakan kuasa melalui peruntukan AUKU ini untuk menakutkan-nakutkan mahasiswa daripada terus bersuara umpama anak kecil dimomokkan untuk tidak melakukan kesalahan takut nanti ada polis yang akan datang menangkap mereka.
Langkah kerajaan untuk meminda beberapa peruntukan di dalam AUKU 1971 pada tahun 2012 dan membolehkan mahasiswa melibatkan diri mereka dengan mana-mana persatuan, badan atau kumpulan termasuk parti politik adalah satu langkah yang baik untuk menghapuskan ‘budaya kebimbingan’ dalam kalangan mahasiswa. Namun, meskipun pelajar dibenarkan untuk aktif melakukan aktiviti persatuan di luar kampus termasuk menyertai parti politik, penulis masih meragui pelaksanaan pindaan Akta ini tidak akan mengekang suara mahasiswa. Keraguan ini timbul apabila salah seorang aktivis mahasiswa, Anis Syafiqah dan dua yang lain digantung pengajian oleh Universiti Malaya (UM) kerana dituduh menggugat ketenteraman awam selain merosakkan nama baik universitI kerana menganjurkan Himpunan Tangkap ‘MO1’.
Himpunan itu dianjurkan ekoran skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana individu yang digelar ‘Malaysia Official No. 1’ (MO1) disebut berulang kali dalam saman sivil yang dilakukan oleh Department of Justice (DOJ), Amerika Syarikat. Anis Syafiqah dan rakan-rakan yang lain sekiranya dilihat dari sudut positif telah menjadi mahasiswa cakna dengan mengambil tahu isu skandal 1MDB yang menjadi topik hangat di peringkat antarabangsa serta melibatkan negara tercinta kita, Malaysia. Namun begitu, tindakan Universiti Malaya menggantung pelajar-pelajar tersebut atas alasan memalukan universiti adalah tidak masuk akal kerana mereka ini hanya bersuara berkenaan kebimbangan yang lebih besar yang sedang negara kita hadapi iaitu isu yang memalukan Malaysia sehingga boleh digelar skandal kleptokrasi global.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: