PRU14: ‘Tak kira sokong PAS atau Umno, Khalid boleh bantu BN tawan Selangor’

PRU14: ‘Tak kira sokong PAS atau Umno, Khalid boleh bantu BN tawan Selangor’ - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: ‘Tak kira sokong PAS atau Umno, Khalid boleh bantu BN tawan Selangor’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: ‘Tak kira sokong PAS atau Umno, Khalid boleh bantu BN tawan Selangor’
link : PRU14: ‘Tak kira sokong PAS atau Umno, Khalid boleh bantu BN tawan Selangor’

Baca juga


PRU14: ‘Tak kira sokong PAS atau Umno, Khalid boleh bantu BN tawan Selangor’



Demikianlah Artikel PRU14: ‘Tak kira sokong PAS atau Umno, Khalid boleh bantu BN tawan Selangor’

Sekianlah artikel PRU14: ‘Tak kira sokong PAS atau Umno, Khalid boleh bantu BN tawan Selangor’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: ‘Tak kira sokong PAS atau Umno, Khalid boleh bantu BN tawan Selangor’ dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pru14-tak-kira-sokong-pas-atau-umno.html
Timbalan Pengerusi BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, parti itu tidak kecewa dengan pendirian Khalid untuk membantu PAS berkempen pada PRU14.
Khalid-IbrahimBarisan Nasional (BN) Selangor yakin usaha Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat membantu parti itu merampas negeri berkenaan, tidak kira bekas menteri besar Selangor itu bersama Umno atau PAS.
Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan bagaimanapun hairan dengan pendirian kurang jelas Khalid yang pernah menyuarakan hasrat untuk membantu Umno pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), tetapi baru-baru ini, bekas orang kuat PKR itu berkata akan bersama PAS dalam kempennya.
“Kita tidak tahu macam mana sebenarnya perjuangan Tan Sri Khalid dalam politik semasa ini. Dia berada di mana-mana tempat, kononnya ingin membantu sesiapa sahaja yang mahu menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.
“Sebagai pemimpin yang pernah memimpin Selangor, kita nampak beliau di mana-mana pentas politik tidak menyokong PH, beliau menyampaikan mesej untuk membolehkan rakyat faham sebenarnya apa yang berlaku di Selangor, sebagai bekas menteri besar dia ada pengaruh,” katanya kepada FMT.
Hari ini, PAS Selangor dilaporkan sedia menawarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak kepada Khalid, selepas beliau mengumumkan akan membantu parti Islam itu berkempen pada PRU14.
Mat Nadzari menafikan BN kecewa dengan pendirian Khalid untuk membantu PAS berkempen pada PRU14.
“Kita tidak pernah kecewa, kalau kita kecewa kita sedang undur ke belakang, walau apa terjadi Umno ada cara kita sendiri untuk terus memperkasakan jentera kita merampas Selangor.
“Kami fokus dengan strategi kami dan kami tidak bimbang dengan apa yang dibuat parti lain selain daripada komponen BN termasuk PAS, yang penting kami kerja kuat untuk pastikan kami boleh tawan semula Selangor.”
Bulan lalu, Khalid menghadiri Konvensyen Umno Selangor, tetapi menafikan beliau akan menyertai parti itu.
Bekas bendahari agung PKR itu dilaporkan berkata, beliau menghadiri konvensyen tertutup itu sebagai tanda sokongan kepada BN untuk merampas Selangor.
Pada 21 Januari lalu, Khalid dilaporkan menyertai Himpunan Fastaqim 2.4 dan pelancaran jentera pilihan raya PAS Selangor di Shah Alam.

Subscribe to receive free email updates: