Judul : PRU14: Tak mustahil Melayu Johor ubah haluan kepada pembangkang
link : PRU14: Tak mustahil Melayu Johor ubah haluan kepada pembangkang
PRU14: Tak mustahil Melayu Johor ubah haluan kepada pembangkang
Demikianlah Artikel PRU14: Tak mustahil Melayu Johor ubah haluan kepada pembangkang
Sekianlah artikel PRU14: Tak mustahil Melayu Johor ubah haluan kepada pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14: Tak mustahil Melayu Johor ubah haluan kepada pembangkang dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pru14-tak-mustahil-melayu-johor-ubah.html
Kubu Umno di Johor yang berteraskan sokongan pengundi Melayu mula menunjukkan tanda-tanda ia boleh ditembusi, kata Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, yang merujuk hasil penyelidikan 2 badan pemikir di Malaysia dan Singapura.
Liew bersetuju dengan Wan Saiful Wan Jan dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), yang berkata ramai responden dalam kaji selidik mengakui mereka hanyalah berpura-pura menyokong Barisan Nasional (BN) dan sememangnya bersedia untuk perubahan.
Ahli Parlimen Kluang itu bersetuju, dan berkata kebanyakan rakyat mendakwa mereka menyokong kerajaan bagi mengelak daripada dipulaukan atau dijadikan sasaran.
“Sebahagian besar (rakyat Johor) adalah agen bebas, pengundi yang ubah haluan dan bersedia untuk ditarik mana-mana parti.
“Mereka mungkin masih menyokong BN tetapi ia juga bermaksud mereka kini terbuka kepada persaingan,” kata Liew kepada FMT baru-baru ini.
Beliau mempersoalkan mereka yang menganggap pengundi Melayu tidak tahu parti mana yang harus disokong, ataupun jahil dengan strategi Umno dalam berbaik-baik dengan PAS.
“Tetapi untuk mengatakan mereka akan mengundi Pakatan Harapan (PH) juga adalah anggapan berani, saya terima kebenaran itu. Apa yang saya cuba katakan adalah, ianya kini persaingan terbuka,” katanya.
Pemimpin MCA dari Johor, Gan Ping Sieu baru-baru ini berkata rakyat di negeri itu biasanya mengundi PAS apabila mereka tidak berpuas hati dengan pentadbiran, sambil menambah, berdasarkan ini, BN akan menang dalam pertarungan 3 penjuru itu.
Liew berkata pandangan Gan memperkukuhkan lagi tanggapan mengatakan Melayu tidak gembira dengan Umno.
“Ini akan menjadi pilihan raya di mana Umno akan turut bersaing dengan keadaan di mana semua orang kecewa dan marah,” tambahnya.
Liew berkata sejak 20 tahun lalu, pengundi Melayu hanya menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan 2 kali, pada 1969 dan 1999.
“Sokongan Melayu kepada Umno sudah menurun sebanyak 20% sejak itu,” katanya.
“Walaupun tiada ‘mata hitam’ pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, tiada isu emotif mendorong orang ramai menentang BN, terdapat 2 peristiwa hitam dan kedua-duanya adalah 2 perkara yang dinafikan,” katanya yang merujuk kepada kecederaan dialami Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari selepas tangkapannya pada 1998.
Pada tahun berikutnya, BN kalah besar di sebahagian besar kerusi majoriti Melayu kepada pembangkang.
Liew berkata keadaan ekonomi turut menyumbang kepada masalah BN.
“Apabila penyanyi Sheila Majid memuat naik tweet, statusnya dikongsi 40,000 orang kerana isu yang dibangkitkan berkait dengan orang biasa.
“Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap tentang penjual nasi lemak dan pemandu Uber, ia mencerminkan ekonomi tidak baik,” katanya sambil menambah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dalam penafian.
“Lihat sahaja betapa ramai yang menggunakan tambak Johor untuk bekerja. Kini, jumlah itu sekurang-kurangnya adalah 300,000, sebelum ini hanya 200,000,” katanya.
Liew berkata terdapat juga rakyat Malaysia bekerja di luar negara sebagai pengutip buah tanpa visa kerja dan ia sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia untuk bekerja secara “haram” di United Kingdom.
“Anda boleh bercakap tentang pertumbuhan ekonomi dan semua yang lain, tetapi jika anda bertanya rakyat sama ada mereka rasa perkara sama, sama ada poket mereka lebih tebal berbanding 5 tahun lalu, saya yakin mereka cakap tidak. Saya kumpul maklumat ini daripada lawatan saya ke pasar pagi.
“Pada PRU pada 2013 di Kluang, malam sebelum itu, saya beritahu kakitangan saya jika terdapat kesesakan lalu lintas malam itu, saya akan menang.
Read More / Baca Lagi >>