PRU14: Tidak apa, kita fokus lain, kata Amanah selepas gagal dapat lebih banyak kerusi

PRU14: Tidak apa, kita fokus lain, kata Amanah selepas gagal dapat lebih banyak kerusi - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Tidak apa, kita fokus lain, kata Amanah selepas gagal dapat lebih banyak kerusi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Tidak apa, kita fokus lain, kata Amanah selepas gagal dapat lebih banyak kerusi
link : PRU14: Tidak apa, kita fokus lain, kata Amanah selepas gagal dapat lebih banyak kerusi

Baca juga


PRU14: Tidak apa, kita fokus lain, kata Amanah selepas gagal dapat lebih banyak kerusi



Demikianlah Artikel PRU14: Tidak apa, kita fokus lain, kata Amanah selepas gagal dapat lebih banyak kerusi

Sekianlah artikel PRU14: Tidak apa, kita fokus lain, kata Amanah selepas gagal dapat lebih banyak kerusi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Tidak apa, kita fokus lain, kata Amanah selepas gagal dapat lebih banyak kerusi dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pru14-tidak-apa-kita-fokus-lain-kata.html
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub akur parti itu perlu realistik dan praktikal.
Salahuddin-AyubAmanah memutuskan akan memberi tumpuan kepada kejayaan Pakatan Harapan (PH), walaupun gagal dalam percubaannya supaya gabungan itu memberikan lebih banyak kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata walaupun beliau, pemimpin dan ahli parti mengharapkan bilangan kerusi lebih banyak, kejayaan PH di peringkat kebangsaan adalah fokus utama.
“Dan kita masih mempunyai kerusi negeri untuk dimenangi,” katanya kepada FMT sambil menambah rundingan sedang berjalan.
“Kami akan menunggu keputusan yang akan diumumkan menjelang akhir bulan ini.”
Salahuddin yang juga naib presiden PH, berkata Amanah amat prihatin dengan ketiadaan kerusi yang diperuntukkan kepada mereka di Wilayah Persekutuan.
Daripada 12 kerusi parlimen di kawasan itu, 5 diperuntukkan masing-masing kepada DAP dan PKR, manakala 2 lagi diberikan kepada PPBM.
“Kita akan membincangkannya dengan pemimpin PH yang lain. Tetapi ia akan dilakukan melalui saluran yang betul dan dalam semangat PH sebagai gabungan,” kata Salahuddin.
Gabungan itu mengumumkan PPBM akan bertanding di 52 kerusi, diikuti oleh PKR 51, DAP 35 dan Amanah 27.
Malam tadi, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihaknya sedia berunding dengan Amanah untuk memberikan parti serpihan PAS itu lebih banyak kerusi.
Sebelum ini, beberapa pemimpin Amanah di Johor kecewa kerana parti itu hanya diperuntukkan 2 kerusi di negeri itu.
Salahuddin yang mengetuai jentera pilihan raya PH di Johor, berkata rundingan untuk lebih banyak kerusi parlimen berbanding 2 yang diperuntukkan kepada Amanah di negeri itu tidak menghasilkan keputusan.
“Tiada apa-apa keputusan dan perbincangan ditangguhkan ke tarikh yang belum diputuskan. Tetapi saya tidak fikir akan ada sebarang perubahan.
“Kami menginginkan angka itu, tetapi untuk menjadi lebih praktikal, kita harus melihat kekuatan kita, bilangan calon yang boleh menang dan kekuatan kita di peringkat akar umbi,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail, berkata apabila PH berhasrat bertanding dalam PRU di bawah satu logo, “secara teknikal, peruntukan kerusi tidak penting.”
“Apabila ia mahu bertanding, diharapkan ia akan menjadi satu logo, BN lawan PH. Jadi, ia hanya mengenai calon yang diletakkan dan bukannya individu yang berasal dari parti mana,” kata Tariq yang disebut-sebut bakal diletakkan sebagai calon di Sri Gading, Johor.
“Walaupun jelas terdapat beberapa perselisihan, kita perlu bergerak dan memberi tumpuan untuk memenangi PRU sebagai gabungan,” katanya kepada FMT.
“Kita mahu memenangi Parlimen dan menjadi kerajaan seterusnya. Selebihnya adalah pilihan kedua,” tambah Tariq.

Subscribe to receive free email updates: