Skandal 1MDB: Bukti kebenaran perjuangan rakyat

Skandal 1MDB: Bukti kebenaran perjuangan rakyat - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal 1MDB: Bukti kebenaran perjuangan rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal 1MDB: Bukti kebenaran perjuangan rakyat
link : Skandal 1MDB: Bukti kebenaran perjuangan rakyat

Baca juga


Skandal 1MDB: Bukti kebenaran perjuangan rakyat

Pengakuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa 1MDB merupakan satu kegagalan kerajaan dalam menguruskannya menimbulkan polemik terhadap skandal mega dalam sejarah negara.

Walaupun ramai melihat pengakuannya bersifat politik untuk tujuan pilihan raya, tetapi kenyataan beliau itu memberi dimensi baru bagaimana isu 1MDB menjadi topik yang mesti dibincangkan dalam masyarakat.

Dan rakyat seluruhnya perlu mengetahui kegagalannya agar menjadi teladan di masa hadapan, seterusnya menjadi tanda aras baru bagaimana isu 1MDB perlu dilayan, diurus, disiasat, dan sesiapa yang terlibat terhadap kegagalannya didakwa selepas ini.

Pengakuan Najib itu dibuat setelah isu 1MDB tercampak di tengah dunia selama lebih 3 tahun, setelah beberapa buah negara besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Hong Kong, Switzerland dan Luxembourg melakukan siasatan terperinci dan mengambil beberapa tindakan undang-undang termasuk merampas aset yang dikaitkan dengannya.
Najib akhirnya akur setelah pelbagai usaha penafian, penipuan dan tindakan keras diambil termasuk membuang pemimpin-pemimpin kanan beliau, ‘mengikat’ pegawai-pegawai kerajaan, menukar pemimpin agensi penting kerajaan serta menutup ruang parlimen dari membahaskannya.
Kegagalan 1MDB menyinarkan kebenaran bahawa perjuangan


Demikianlah Artikel Skandal 1MDB: Bukti kebenaran perjuangan rakyat

Sekianlah artikel Skandal 1MDB: Bukti kebenaran perjuangan rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal 1MDB: Bukti kebenaran perjuangan rakyat dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/skandal-1mdb-bukti-kebenaran-perjuangan.html
rakyat, aktivis, golongan NGO, pemimpin politik termasuk di kalangan yang bersama dengan beliau adalah benar dan tidak boleh dinafikan lagi.
Maka juak-juak pembodek yang selama ini berpaut dengan Najib dan mempertahankan sehabis upaya isu 1MDB dengan pelbagai penafian dan pembohongan tidak boleh beralasan lagi.
Sepatutnya mereka yang selama ini lantang memperjuangkannya, mengkritik dan mempersoalkan beliau perlu diberi peluang untuk tampil ke depan.

Kritikan rakyat bermaksud Najib dan kerajaan Umno-BN melakukan kesilapan besar, dan rakyat menuntut beliau dan kerajaan mengakui kesilapan kerana membiarkan negara menjadi 'buah mulut' dunia dengan imej yang sangat buruk.
Keberanian rakyat bangkit bersuara menjadikan sesebuah kerajaan akan telus dan negara serta rakyat selamat dari rasuah, penyelewengan serta pemimpin yang zalim yang amalkan salah guna kuasa.
Najib tidak boleh menuding jari dengan menuduh 1MDB dieksploitasi secara politik dan ada “kempen tumpuan” untuk mensabotaj ekonomi Malaysia.

Kegagalan kerajaan pentadbiran beliau dalam skandal bernilai lebih dari RM 42 bilion itu tidak boleh ‘disapu di bawah karpet dengan menuduh orang lain mengambil kesempatan terhadap ekonomi Malaysia.Apakah beliau dan Umno-BN mahu menganggap seluruh dunia sedang berpakat menjatuhkannya dengan mensabotaj ekonomi Malaysia.

Sepatutnya beliau dan Umno-BN mengukur serta menginsafi diri bahawa sememangnya beliau bersalah atas kegagalan sebagai PM dan menteri kewangan dalam menguruskan 1MDB.
Bukan hanya sekadar mengakui kegagalannya, perlu dinyatakan juga ke mana duit 1MDB RM42 bilion? Apa jadi duit Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang diberikan pada SRC anak syarikat 1MDB berjumlah RM4 bilion?

Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :