TAK MUDAH KERJA DENGAN DR MAHATHIR TAPI IA DEMI NEGARA, KATA WAN AZIZAH

TAK MUDAH KERJA DENGAN DR MAHATHIR TAPI IA DEMI NEGARA, KATA WAN AZIZAH - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TAK MUDAH KERJA DENGAN DR MAHATHIR TAPI IA DEMI NEGARA, KATA WAN AZIZAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TAK MUDAH KERJA DENGAN DR MAHATHIR TAPI IA DEMI NEGARA, KATA WAN AZIZAH
link : TAK MUDAH KERJA DENGAN DR MAHATHIR TAPI IA DEMI NEGARA, KATA WAN AZIZAH

Baca juga


TAK MUDAH KERJA DENGAN DR MAHATHIR TAPI IA DEMI NEGARA, KATA WAN AZIZAH



Demikianlah Artikel TAK MUDAH KERJA DENGAN DR MAHATHIR TAPI IA DEMI NEGARA, KATA WAN AZIZAH

Sekianlah artikel TAK MUDAH KERJA DENGAN DR MAHATHIR TAPI IA DEMI NEGARA, KATA WAN AZIZAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TAK MUDAH KERJA DENGAN DR MAHATHIR TAPI IA DEMI NEGARA, KATA WAN AZIZAH dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/tak-mudah-kerja-dengan-dr-mahathir-tapi.html
PRESIDEN PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui tidak mudah baginya untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad lebih-lebih lagi selepas tindakan bekas perdana menteri itu memenjarakan suaminya, Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, beliau menjadikan pengalaman yang dilalui sebelum ini sebagai kekuatannya demi membawa kebaikan kepada negara.
“Bukan mudah (bekerjasama dengan Dr Mahathir). Apa yang kita lalui sebelum ini sejak 1998… tapi ia demi negara.
“Kita perlu pandang ke hadapan dan apa yang dilalui selama ini menjadikan kita kuat, dan dengan pengalaman yang ada.
“Kita perlukan perubahan,” katanya dalam siaran langsung Insight Talk hari ini.
Beliau juga menyifatkan bekas perdana menteri itu seorang pendengar yang baik ketika mendapatkan pendapat para pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Pada 1998, Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri ketika itu memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno di atas tuduhan liwat. Anwar kemudiannya dipenjarakan di atas tuduhan salah guna kuasa.
Sebelum dipecat pada 1998, gandingan kuat dua pemimpin itu dalam Umno dan kerajaan dianggap begitu utuh sehinggalah krisis ekonomi melanda Malaysia pada akhir 1990-an dan tercetusnya perbezaan pendapat sehingga menyebabkan Dr Mahathir memecat Anwar.
Ekoran itu, kedua-dua tokoh itu menjadi seteru ketat dalam politik Malaysia sehinggalah pada September 2016 apabila Dr Mahathir hadir ke mahkamah bagi menyokong Anwar memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata beliau mengenali bekas perdana menteri berusia 93 tahun itu sebelum ini dan tidak kekok bekerjasama dengannya.
Tambahnya juga berkata, segala kerjasama dengan Dr Mahathir dalam PH berjalan dengan lancar setakat ini.
“Beliau seorang yang mendengar. Mungkin seorang yang agak sukar tetapi kita kena bekerjasama demi masa depan negara dan masa depan generasi akan datang,” katanya.
Tambahnya, meskipun beliau menjangkakan akan berdepan dengan pilihan raya yang tidak adil, presiden PH itu yakin gabungannya akan berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Subscribe to receive free email updates: