Hadi: PAS kuat, bukan parti 'Mat Jenin'

Hadi: PAS kuat, bukan parti 'Mat Jenin' - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi: PAS kuat, bukan parti 'Mat Jenin', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi: PAS kuat, bukan parti 'Mat Jenin'
link : Hadi: PAS kuat, bukan parti 'Mat Jenin'

Baca juga


Hadi: PAS kuat, bukan parti 'Mat Jenin'



Demikianlah Artikel Hadi: PAS kuat, bukan parti 'Mat Jenin'

Sekianlah artikel Hadi: PAS kuat, bukan parti 'Mat Jenin' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi: PAS kuat, bukan parti 'Mat Jenin' dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/02/hadi-pas-kuat-bukan-parti-mat-jenin.html
PAS mempunyai kekuatan dan sokongan padu di peringkat akar umbi yang mampu mengharungi suasana politik tanah air dan bukannya sebuah parti bersifat ‘Mat Jenin’, tegas Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata ini dibuktikan dengan kewujudan 195 jawatankuasa parti di peringkat kawasan, di samping jumlah anggota yang dianggarkan kira-kira sejuta.
"Orang mengatakan (parti) kita Mat Jenin, Mat Jenin ni dia panjat pokok dia tergantung di pelepah yang rapuh. Dia goyang, dia jatuh.
"Kita (PAS) bukan pelepah yang rapuh. Hari ini di seluruh negara, PAS mempunyai 195 kawasan dan hampir sejuta ahli. Kita ada kekuatan, ada akar umbi yang kukuh," katanya semasa berucap merasmikan Wisma Purnama PAS Kawasan Gopeng di Ipoh, hari ini.

Pada 23 Jan lalu, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media di Putrajaya, menyifatkan hasrat PAS untuk bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bersifat sebagai 'angan-angan Mat Jenin'.
Dalam pada itu, Abdul Hadi yang merupakan Anggota Parlimen Marang turut menempelak kenyataan Naib Presiden PKR Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang mendakwa gabungan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) sukar untuk membentuk kerajaan.
Katanya, individu luar terutama pimpinan Pakatan Harapan tidak berhak mencampuri sebarang urusan berkaitan pentadbiran dan hala tuju PAS.
"Dia orang luar. Dia tak tahu sukar atau tidak. Kita sendiri yang memikul tanggungjawab dan kita rasa makin hari makin baik, makin hari makin kuat," katanya.

Subscribe to receive free email updates: