Dr M: Negara hancur jika Najib terus jadi PM

Dr M: Negara hancur jika Najib terus jadi PM - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr M: Negara hancur jika Najib terus jadi PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr M: Negara hancur jika Najib terus jadi PM
link : Dr M: Negara hancur jika Najib terus jadi PM

Baca juga


Dr M: Negara hancur jika Najib terus jadi PM



Demikianlah Artikel Dr M: Negara hancur jika Najib terus jadi PM

Sekianlah artikel Dr M: Negara hancur jika Najib terus jadi PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr M: Negara hancur jika Najib terus jadi PM dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/dr-m-negara-hancur-jika-najib-terus.html
Negara Malaysia sudah merdeka selama 60 tahun, tetapi nama baik Malaysia tidak pernah dicemar dengan begitu teruk seperti sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.
Ya, memang pun negara pernah dikecam kerana ISA. Memang pun ada rasuah yang berlaku dalam Kerajaan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan juga saya.
Tetapi perbuatan-perbuatan ini tidaklah sampai Malaysia digelar negara rasuah bersama dengan sepuluh buah negara di dunia yang amalan rasuah amat tinggi – tidaklah sampai digelar negara kleptokrasi pimpinan penjenayah, pencuri.
Tidak juga pernah ada tuduhan, bahkan dakwaan bahawa Perdana Menteri Malaysia sendiri adalah perasuah yang terlibat dengan penyelewengan berbilion duit kerajaan, dengan namanya disebut dalam kes-kes pembersihan wang berbillion yang dicuri dari syarikat 1MDB.

Laporan-laporan dalam akhbar dan televisyen di seluruh dunia jelas dan terbuka mendedah akan pembelian rumah mewah di London, New York dan Hollywood, pembelian pesawat jet, kapal layar gergasi, intan berlian berjuta ringgit untuk isteri Perdana Menteri, berjudi di Las Vegas, hadiah bermilion (dolar) kepada gadis cantik, sebagai cara untuk bersihkan wang yang dicuri dari dana 1MDB.
Dalam negeri pula berbillion wang Ringgit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dana pencen dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), wang dari gadaian ladang Felda dan Tabung Haji didakwa hilang begitu sahaja. Wang 42 billion Ringgit yang dipinjam oleh 1MDB hilang entah ke mana dan laporan audit 1MDB dari 2013 hingga 2017 tidak dibuat seperti dikehendaki oleh undang-undang.
Akhbar dan televisyen dalam negara tidak dibenar melaporkan berkenaan wang RM2.6 billion yang berada dalam akaun peribadi Najib. Demikian juga ahli BN, Umno dilarang bercakap berkenaan masalah-masalah ini.
Penyokong-penyokong Najib, terutama menteri dilarang bertemu dengan pemimpin parti lawan, walaupun mereka adalah kawan lama dan biasa bekerja dalam kerajaan dan parti yang sama.

Perlembagaan dan undang-undang tidak dihormati sehingga laporan kepada polis berhubung dakwaan salahguna kuasa oleh perdana menteri tidak disusuli dengan siasatan oleh polis.
Sebaliknya orang yang membuat laporan ditahan, disoal, dimasuk penjara dan dituduh sebagai pengganas.
Proses perlantikan dan penamatan khidmat pegawai tinggi kerajaan tidak dituruti, bahkan Yang Di-Pertuan Agong dibohongi kononnya pegawai berkenaan sakit dan perlu dihentikan. Pegawai ganti juga dilantik tanpa proses perlembagaan. Aturan serta peraturan untuk melanjutkan khidmat hakim tidak dipedulikan.
Polis, SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri diguna untuk mengugut dan menekan rakyat. Cukai tambahan dikenakan, dikira sehingga 10 tahun ke belakang walaupun tidak ada bukti cukai ini diperuntukkan dalam undang-undang.SPRM menuduh peniaga telah melakukan pembersihan wang yang dicuri atau hasil daripada rasuah. Mereka ditahan dan di penjara. Ramai pemimpin parti lawan dituduh terlibat dengan rasuah dan lain-lain tanpa bukti dan didera dan diganggu.
Pendakwa raya tutup kes
Sebaliknya dakwaan berbillion ringgit yang ada dalam akaun perdana menteri yang tidak dapat disahkan puncanya selain daripada pengakuan perdana menteri yang ianya tidak bersalah ditutup kes oleh pendakwa raya dan laporan diletak dibawah undang-undang rahsia Kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: