Hadi kata Mahathir mahu hina Melayu dan negara

Hadi kata Mahathir mahu hina Melayu dan negara - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi kata Mahathir mahu hina Melayu dan negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi kata Mahathir mahu hina Melayu dan negara
link : Hadi kata Mahathir mahu hina Melayu dan negara

Baca juga


Hadi kata Mahathir mahu hina Melayu dan negara

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan semula Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seolah-olah mahu menghina bangsa Melayu dan negara ini.
Beliau dipetik oleh portal Utusan Malaysia sebagai berkata, surah Ibrahim dalam al-Quran ada menyebut bahawa pendidikan perlu menggunakan bahasa ibunda masing-masing kerana pelaksanaan dalam bahasa asing adalah gagal dan memakan masa yang lama.
"Perkara itu turut disokong melalui penyelidikan oleh agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), sebab itu negara-negara maju seperti China, Jepun dan Jerman mampu ke hadapan kerana mereka menggunakan bahasa ibunda.
"Berbeza dengan India yang gagal menandingi tiga


Demikianlah Artikel Hadi kata Mahathir mahu hina Melayu dan negara

Sekianlah artikel Hadi kata Mahathir mahu hina Melayu dan negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi kata Mahathir mahu hina Melayu dan negara dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/hadi-kata-mahathir-mahu-hina-melayu-dan.html
negara maju itu berikutan seluruh masyarakat negara itu dari pemimpin hingga peminta sedekah menggunakan bahasa Inggeris," katanya yang dipetik portal itu melalui sebuah video yang dimuat naik di akaun YouTube.
Pada 28 Februari lalu, Mahathir selaku calon perdana menteri Pakatan Harapan berkata gabungan itu akan menimbang pelaksanaan semula PPSMI jika mendapat sokongan ramai.
PPSMI diperkenalkan pada 2003 ketika Mahathir menjadi perdana menteri.
Dasar itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk parti pembangkang dan NGO yang mengadakan demonstrasi pada 2009 yang menyaksikan ribuan turun ke jalan raya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri pendidikan akhirnya memansuhkan dasar itu pada 2012.
Ketika ditanya tentang parti dalam Pakatan Rakyat yang dahulunya menentang PPSMI, Mahathir berkata ia antaranya kerana tiada perbincangan dengan mereka ketika itu.
Mengulas lanjut Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan, bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew pernah menyatakan bahawa republik itu gagal kerana mendidik rakyat dengan budaya Barat.
"Jadi kita kena faham bahawa tokoh politik yang besar pun meletakkan peranan bahasa dalam pendidikan. Kecuali tokoh politik yang gagal, yang asyik ingin balik ke zaman penjajahan.
"Bangsa yang hina adalah mereka yang dipengaruhi oleh penjajah yang menjajah mereka," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :