PRU14: Muhyiddin yakin Melayu Johor tak sabar-sabar pangkah PH

PRU14: Muhyiddin yakin Melayu Johor tak sabar-sabar pangkah PH - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Muhyiddin yakin Melayu Johor tak sabar-sabar pangkah PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Muhyiddin yakin Melayu Johor tak sabar-sabar pangkah PH
link : PRU14: Muhyiddin yakin Melayu Johor tak sabar-sabar pangkah PH

Baca juga


PRU14: Muhyiddin yakin Melayu Johor tak sabar-sabar pangkah PH



Demikianlah Artikel PRU14: Muhyiddin yakin Melayu Johor tak sabar-sabar pangkah PH

Sekianlah artikel PRU14: Muhyiddin yakin Melayu Johor tak sabar-sabar pangkah PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Muhyiddin yakin Melayu Johor tak sabar-sabar pangkah PH dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/pru14-muhyiddin-yakin-melayu-johor-tak.html
muhyiddin-yassin-fmt-1
Muhyiddin Yassin berkata penduduk kampung akan turut bersama mewujudkan ‘tsunami rakyat’ pada pilihan raya umum akan datang.
PETALING JAYA: Satu-satunya ahli Parlimen PPBM yang juga presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakin “tsunami rakyat” akan berlaku di Johor, negeri di mana beliau pernah menjadi menteri besarnya.
Muhyiddin berkata berdasarkan kerja “turun padang” di Johor, orang ramai sudah tidak bercerita mengenai kos sara hidup lagi, tetapi memikirkan bagaimana nak “selamatkan Malaysia”.
“Dengan kepincangan, pentadbiran, salah guna kuasa, penipuan, skandal dan rasuah, orang kampung juga sudah tahu.
“Saya turun ke kampung-kampung, orang sudah cakap mengenai itu dan mereka mengetahui kita, dan berharap akan berlaku anjakan besar dan kalau itu berlaku, bukan sahaja tsunami Cina atau tsunami Melayu, tetapi tsunami rakyat,” katanya ditemui FMT baru-baru ini.
Tetapi Muhyiddin berkata satu kesedaran luar biasa diperlukan untuk membolehkan kemenangan Pakatan Harapan (PH), gabungan 4 parti yang melibatkan PKR, DAP, Amanah dan PPBM.
“Kita sedia untuk itu dan kita kerja keras supaya tsunami itu berlaku. Saya boleh bayangkan hari nak mengundi itu, orang Melayu lepas solat subuh di masjid terus balik rumah minum, dan keluar awal-awal untuk pergi keluar mengundi.
“Kalau nak tanya kenapa mereka keluar awal, meraka akan kata sudah tidak boleh tahan sebab nak undi nak sokong PH, dan buang Datuk Seri Najib Razak,” kata bekas timbalan perdana menteri itu.
Melayu dan DAP
Dengan nada yakin, Muhyiddin berkata tsunami yang akan berlaku akan menyebabkan orang Melayu hilang kepercayaan terhadap “parti keramat Umno”.
Ahli Parlimen Pagoh itu menolak dakwaan yang mengatakan DAP akan berkuasa sekiranya PH mengambil alih kerajaan, dan sekali lagi menekankan ketua kerajaan adalah orang Melayu di mana kaum lain akan bersama-sama membantu untuk mentadbir kerajaan.
“Di Johor kita sudah terangkan isu-isu yang mereka takut, seperti jika BN kalah orang Melayu akan diperintah orang Cina,” kata Muhyiddin.
Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno dan PAS berkata DAP mempunyai kuasa paling banyak di kalangan PH. Ada juga ahli politik yang berkata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang ada peluang diangkat menjadi perdana menteri.
“Itu tidak ada,” jawab Muhyiddin.
Menurutnya, kuasa politik masih di tangan orang Melayu.
“Mereka (Cina) akan bersama kerajaan. Tetapi yang akan tadbir dan mengetuai kerajaan adalah orang Melayu bersama Cina dan lain-lain. Ini tanggungjawab bersama.
“Kita pegang prinsip penting dalam Perlembagaan dan saya tidak fikir kita perlu bincang rasa takut hak orang Melayu hilang dan sebagainya,” katanya.
Muhyiddin turut mempertahankan DAP sebagai pertubuhan yang patuh kepada Perlembagaan Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: