Judul : Pengerusi SPR nafi persempadanan semula untungkan BN
link : Pengerusi SPR nafi persempadanan semula untungkan BN
Pengerusi SPR nafi persempadanan semula untungkan BN
Ini antara persoalan dikupas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada temu bual dengan Bernama menjelang PRU14.
Berikut merupakan intipati temu bual tersebut.
BERNAMA: Mengenai persempadanan semula bahagian pilihan raya, pada pandangan Tan Sri, adakah persempadanan baru itu sempat dilaksanakan pada PRU14?
HASHIM: Urusan Kajian Semula Persempadanan Negeri-Negeri Tanah Melayu tergendala hampir setahun lebih ekoran dicabar di mahkamah. Sebanyak 15 kes difailkan pihak tertentu untuk menghalang SPR melaksanakan urusan itu. Alhamdulillah, mahkamah membuat keputusan dan setakat ini SPR berjaya meneruskan urusan itu.
Untuk makluman, urusan pilihan raya dan kajian semula persempadanan adalah 2 perkara berbeza. PRU14 akan tetap diadakan walaupun kajian semula persempadanan tidak dapat disiapkan.
Persoalan sama ada ia dapat digunakan pada PRU14 bukannya ditentukan SPR. SPR bertanggungjawab menyediakan syor persempadanan semula bahagian pilihan raya dan setelah menyerahkan laporan akhir syor itu kepada perdana menteri, terpulang kepada perdana menteri untuk membawanya ke Dewan Rakyat bagi dibahas untuk mendapat kelulusan. Ia kuasa budi bicara perdana menteri untuk membentangkannya di Dewan Rakyat atau tidak dan bukannya kuasa SPR.
Sekiranya syor tersebut diluluskan dengan majoriti mudah iaitu lebih separuh di Dewan Rakyat dan mendapat perkenan serta ditandatangani oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka ia diwartakan untuk dikuatkuasakan dan dapat digunakan pada PRU14. Sebaliknya, jika Dewan Rakyat terbubar terlebih dahulu sebelum syor persempadanan semula diluluskan di Dewan Rakyat, maka persempadanan lama digunakan pada PRU13 akan diguna pakai.
BERNAMA: Apa pandangan Tan Sri mengenai dakwaan persempadanan semula itu bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN)?
HASHIM: Dakwaan itu tidak benar sama sekali dan berunsur propaganda politik semata-mata. SPR melaksanakan urusan
Demikianlah Artikel Pengerusi SPR nafi persempadanan semula untungkan BN
Sekianlah artikel Pengerusi SPR nafi persempadanan semula untungkan BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengerusi SPR nafi persempadanan semula untungkan BN dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/pengerusi-spr-nafi-persempadanan-semula.html
persempadanan semula untuk kepentingan rakyat dan pengundi. Bukannya untuk kepentingan mana-mana parti politik. Semua urusan dilakukan SPR adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang. Buktinya, lebih 15 kes difailkan di mahkamah bagi mencabar urusan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya dijalankan SPR telah ditolak dan keputusan menyebelahi SPR.
SPR menyediakan syor dan mempamerkannya, namun setiap pihak yang layak berhak untuk membuat bantahan dan bantahan mereka itu didengari dalam sesi siasatan tempatan yang diadakan. SPR akan mengambil kira setiap cadangan yang relevan untuk perubahan syor.
Kemenangan seseorang calon atau mana-mana parti bukannya ditentukan oleh persempadanan tetapi ditentukan oleh pengundi. Semasa kita membuat kajian persempadanan, ia mengambil kira beberapa prinsip termasuk kemudahan kepada pengundi dan wakil rakyat. Apabila SPR menang kes di mahkamah, ada pihak menggesa semua pengundi keluar mengundi pada PRU14 nanti kononnya bagi mengurangkan kesan manipulasi persempadanan semula.
Ini jelas menunjukkan kuasa pengundi adalah penentu mutlak kepada kemenangan seseorang calon, bukannya persempadanan. Pengundi mempunyai kuasa mutlak memilih berdasarkan penilaian mereka terhadap calon, parti dan juga keyakinan mereka terhadap calon yang akan mewakili mereka. Persempadanan semula hanya bertujuan menentukan kawasan pentadbiran pilihan raya dan memastikan kemudahan kepada pengundi serta wakil rakyat bukannya untuk memastikan kemenangan atau kekalahan mana-mana pihak.
Jika dakwaan kononnya SPR menyebelahi parti BN dan boleh menentukan kemenangan parti itu, sudah pasti keputusan sebagaimana PRU12 dan PRU13 tidak berlaku di mana Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah jatuh ke tangan pihak parti lain. Kalaulah SPR bantu BN, sudah pasti mereka dapat menguasai 100% kerusi Dewan Rakyat atau dewan undangan negeri (DUN), namun itu semua tidak berlaku kerana SPR sebuah badan bebas dan berkecuali yang menjalankan pilihan raya dengan telus dan adil.
SPR sentiasa bersikap profesional dan tidak akan bertindak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan proses demokrasi.
BERNAMA: Pada PRU13, pelbagai berita palsu tersebar di media sosial seperti berlaku “blackout” di pusat pengiraan undi dan sebagainya. Pada PRU kali ini, apakah langkah SPR menangani penyebaran berita palsu seperti itu?
Read More / Baca Lagi >>