Judul : TUMBANGKAN BN SEKALI INI, KITA SEBAGAI RAKYAT AKAN BAHAGIA SELAMA-LAMANYA
link : TUMBANGKAN BN SEKALI INI, KITA SEBAGAI RAKYAT AKAN BAHAGIA SELAMA-LAMANYA
TUMBANGKAN BN SEKALI INI, KITA SEBAGAI RAKYAT AKAN BAHAGIA SELAMA-LAMANYA
PRU 14 ini yang disebut ibu segala pilihanraya bukan sekadar untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan, menyingkirkan Najib Razak dan menjadikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri buat kali kedua, tetapi yang jauh lebih penting ialah untuk menjamin masa depan rakyat dan generasi seterusnya.
Semua kita tahu Najib sedang terkait dengan skandal kewangan terbesar dalam dunia, di mana sekurang-kurangnya 8 negara telah dan sedang menyiasat 1MDB yang ditubuhkannya dan kekalnya beliau di kerusi Perdana Menteri sehingga sekarang hanyalah semata-mata kerana kuasa masih di tangannya.
Dengan kuasa di tangannya, Peguam Negara dipecat dan digantikan dengan individu pilihannya, proses siasatan polis dan SPRM dilambatkan tanpa kesudahan, laporan audit 1MDB diOSAkan, soalan tidak boleh ditanyakan di Parlimen dan semua menteri akhirnya hanya jadi pengampu dan tukang angguk sahaja.
Di negara lain, jika pemimpinnya dikaitkan dengan skandal sebegini rupa, sama ada mereka sendiri akan meletakkan jawatan atau rakyat akan menjatuhkannya.
Keinginan Najib untuk menang pilihanraya akan datang tidak lain ialah untuk memastikan beliau kekal berkuasa dan tiada fail siasatan dibuka terhadapnya buat selama-lamanya. Sebab itu kemenangan BN adalah amat penting baginya.
Untuk tujuan itu, Najib sedang menggunakan pelbagai cara "cash is king" untuk mencapai matlamatnya. Beliau kini sedang membeli jiwa rakyat dengan tujuan mengaburi mereka terhadap skandal yang melingkari dirinya.
Demikianlah Artikel TUMBANGKAN BN SEKALI INI, KITA SEBAGAI RAKYAT AKAN BAHAGIA SELAMA-LAMANYA
Sekianlah artikel TUMBANGKAN BN SEKALI INI, KITA SEBAGAI RAKYAT AKAN BAHAGIA SELAMA-LAMANYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TUMBANGKAN BN SEKALI INI, KITA SEBAGAI RAKYAT AKAN BAHAGIA SELAMA-LAMANYA dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/tumbangkan-bn-sekali-ini-kita-sebagai.html
style="font-size: large;">
Peruntukan pembangunan, taburan projek segera, pemberian tunai, agihan barangan keperluan harian, janji bulan bintang, manipulasi media dan sebaran berita palsu melalui media arus perdana dan media berbayar sedang giat dilakukan di seluruh negara.
Semuanya dilakukan hanya semata-mata untuk kekal berkuasa. Najib tidak peduli kesusahan rakyat, kos sara hidup yang terus meningkat, cukai yang membebankan, pengangguran, lepasan universiti tiada pekerjaan dan segala macam kekangan lainnya.
Jika BN terus menang, bukan saja tiada jaminan masalah rakyat dapat diselesaikan, bahkan juga tiada jaminan tiada cukai dan kos sara hidup tidak dinaikkan. Malah seperti kata Dr. Dzulkifli Ahmad dari Amanah, dengan gaya kepimpinan Najib yang mengamalkan 4B - bolot, bocor, boros dan bazir - gunung pun boleh rata sebenarnya.
Yang pasti selesai ialah Najib akan terus bermaharajalela dengan kuasa yang ada padanya dan tidak akan didakwa buat selama-selamanya. Jho Low juga bebas merdeka dengan wang kita sebanyak-sebanyaknya. Fail 1MDB akan tersimpan dalam kabinet besi atau dikunci buat selama-lamanya, kalau pun tidak dihapuskan sama sekali.
Yang tinggal hanyalah hutang-hutang 1MDB yang terpaksa kita bayar bersama kos sara hidup yang kian meningkat dan harga barang yang semakin mahal. Perbelanjaan yang Najib hari ini lakukan untuk membeli jiwa rakyat juga kitalah yang akan membayarnya di kemudian hari.
Read More / Baca Lagi >>