Skandal 1MDB: 'Mat over' Equanimity di Bali

Skandal 1MDB: 'Mat over' Equanimity di Bali - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal 1MDB: 'Mat over' Equanimity di Bali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal 1MDB: 'Mat over' Equanimity di Bali
link : Skandal 1MDB: 'Mat over' Equanimity di Bali

Baca juga


Skandal 1MDB: 'Mat over' Equanimity di Bali



Demikianlah Artikel Skandal 1MDB: 'Mat over' Equanimity di Bali

Sekianlah artikel Skandal 1MDB: 'Mat over' Equanimity di Bali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal 1MDB: 'Mat over' Equanimity di Bali dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/skandal-1mdb-mat-over-equanimity-di-bali.html
Sebagai rakyat Malaysia yang tebal semangat patriotisme insiden rampasan kapal mewah di Bali, Indonesia semalam tidak wajar dipandang mudah.
Tindakan pihak berkuasa asing menyiasat dan merampas itu berlaku ke atas seorang ahli perniagaan yang berjaya dilahirkan oleh Malaysia.
Apa lagi hujah yang ada dan kuat untuk menjelaskan insiden itu kecuali ia adalah satu lagi campur tangan negara asing ke atas rakyat Malaysia.
Lebih menyebabkan kita sayu ialah kejadian berkenaan berlaku di sebuah kawasan yang sepatutnya menenangkan. Bayangkan bagaimana kecewanya Encik Low Taek Jho apabila hartanya itu diceroboh.
Apa yang tidak difahami penyiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) adalah Low seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kapal Equanimity itu adalah antara simbol 'thiqah' seorang usahawan berjaya.
Untuk menguruskan empayar perniagaannya memanglah Low itu perlu ke sana dan ke sini mengikut keperluan. Maka Equanimity itu salah satu daripada kemudahan yang diperlukannya.

Sesuai dengan namanya, kapal itu juga bukan sembarangan. Bertuahlah orang yang dapat berlayar dengan Equanimity kerana pasti mereka sendiri merasai ketenangan berlayar bersama Low.
Cuma tiba-tiba Equanimity itu diserbu, disiasat dan kini diletakkan di bawah seliaan pihak berkuasa negara asing. Sudahlah negara asing, Amerika syarikat pula.
Tenanglah Encik Low
Untuk anda yang belum jelas, FBI menyiasat Equanimity itu ekoran tuduhan mereka bahawa ia ada kaitan dengan syarikat pelaburan milik kerajaan, 1MDB.
1MDB itu pula pegangan penuh Kementerian Kewangan Malaysia. Bagi sesiapa yang kurang pasti, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ialah menteri kewangan kita. Cuma beliau menteri kewangan kedua, manakala menteri pertama Datuk Seri Najib Razak.
Najib pula seorang pemimpin yang mempunyai darah Bugis, iaitu kalangan masyarakat yang terkenal dengan keberanian serta sifat sukakan cabaran.
Antara keistimewaan orang Bugis ialah suka berlayar.
Sesekali Equanimity berlabuh melabuhkan sauh di Teluk Benoa, apa salahnya? Tidak dapat dipastikan sama ada 'layar' Equanimity sudah terkembang semasa ia ditahan polis Indonesia dan FBI semalam.

Entah bagaimana perasaan Encik Low sekarang. Namun sebagai seorang lelaki budiman beliau sepatutnya kekal tenang. Tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti sekarang.
Berani kerana benar - semudah itu.
Dalam keadaan begitu pun Putrajaya sepatutnya tidak boleh berdiam diri. Barangkali anggota FBI terbabit tidak tahu bahawa perdana menteri kita ialah sahabat kepada presiden mereka.
Keakraban Najib dan Presiden Donald Trump bukan lagi rahsia di peringkat antarabangsa. Tetapi masih juga FBI berani menganggu gugat warga Malaysia. Gangguan itu di Bali pula, iaitu sebuah petempatan yang digelar Pulau Dewata.
Bali sudah menyaksikan banyak peristiwa bersejarah yang ada kaitan dengan Malaysia, termasuk setahun dua ini. Sudah banyak kenangan indah dilakarkan oleh pemimpin serta orang kenamaan Malaysia, termasuk pegawai kanan kerajaan.
AS tak faham cara kita
Justeru mungkin ada wajarnya perdana menteri cuba berkunjung sekali lagi ke Washington dan bersemuka dengan Trump. Jika perlu beri kata dua kepada Rumah Putih supaya jangan mengganggu gugat kedaulatan negara.
Setiap rakyat Malaysia berhak dihormati, termasuk Encik Low.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: