Skandal 1MDB: Polis Indonesia kumpul bukti digital kapal Jho Low

Skandal 1MDB: Polis Indonesia kumpul bukti digital kapal Jho Low - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal 1MDB: Polis Indonesia kumpul bukti digital kapal Jho Low, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal 1MDB: Polis Indonesia kumpul bukti digital kapal Jho Low
link : Skandal 1MDB: Polis Indonesia kumpul bukti digital kapal Jho Low

Baca juga


Skandal 1MDB: Polis Indonesia kumpul bukti digital kapal Jho Low



Demikianlah Artikel Skandal 1MDB: Polis Indonesia kumpul bukti digital kapal Jho Low

Sekianlah artikel Skandal 1MDB: Polis Indonesia kumpul bukti digital kapal Jho Low kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal 1MDB: Polis Indonesia kumpul bukti digital kapal Jho Low dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/skandal-1mdb-polis-indonesia-kumpul.html
Polis Indonesia kini sedang mengumpul bukti digital dalam kapal layar mewah milik ahli perniagaan Low Taek Jho.
Jurucakap polis Indonesia M Iqbal berkata antaranya data daripada sistem pengecaman automatik (automated identification system) bagi melihat rekod perjalanan kapal tersebut.
"Sekarang kita sedang mengumpul bukti digital dari kapal itu. Setiap kapal ada sistem, dan ia penting untuk melihat ke mana kapal itu sudah berlayar.
"Harus ada pengesahan kerana sistem itu sebelum ini dimatikan untuk mengelak (dikesan) pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Selepas siasatan terhadap kru dan kapal selesai, Iqbal berkata polis akan mengambil keterangan pihak lain yang terlibat.
"Siapa pun yang terkait dengan kapal itu akan diambil keterangan," katanya lagi.
Semalam, kapal layar bernama Equanimity itu ditahan penguatkuasa Indonesia dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) di Bali.
Polis Indonesia mengesyaki ia berlayar ke Indonesia untuk bersembunyi daripada pihak berkuasa AS.
Antara bukti yang ditemui dalam kapal itu adalah buku perjalanan dan dokumen pendaftaran.
Sementara itu, Iqbal mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat berkaitan pemilik kapal daripada FBI.
Ketika ditanya sama ada polis Indonesia mendapat maklumat daripada FBI tentang pemilik kapal itu, Iqbal berkata FBI berkongsi maklumat siasatan mereka yang membawa kepada kerjasama kedua-dua pihak.
"Kami menerima maklumat (pemilik kapal)...(Tetapi) kita sedang melakukan langkah (penyiasatan) dulu. Jadi saya tidak bolah kata siapa akan dipanggil," katanya.
Kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman dilaporkan telah dibina khas untuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low pada tahun 2014 pada harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion).
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mahu merampas kapal itu sebagai sebahagian daripada pelucuthakan aset yang didakwa diperolehi menggunakan dana yang disalah guna daripada 1MDB.

Subscribe to receive free email updates: