Judul : Tiada sumpah baiah talak 3 pada PRU14, kata PAS
link : Tiada sumpah baiah talak 3 pada PRU14, kata PAS
Tiada sumpah baiah talak 3 pada PRU14, kata PAS
Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata amalan itu tidak akan dilaksanakan jika PAS merasakan tiada keperluan untuk melindungi kerusi mereka secara paksa seperti pada 1995.
“Kali ini baiah talak 3 kemungkinan tidak ada. Dulu pun tidak ada kecuali di Kelantan. Dulu masa tok guru, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melihat ada keperluan pada masa itu. Secara umumnya tidak ada,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Sumpah baiah talak 3 diperkenalkan PAS di Kelantan pada 1995 selepas kerajaan negeri berdepan risiko apabila beberapa wakil rakyat mereka melompat parti dan menyebabkan perbezaan 1 kerusi sahaja.
Sumpah itu menghendaki calon PAS yang memenangi kerusi DUN atau Parlimen di Kelantan kekal bersama parti itu atau bercerai dengan pasangan mereka.
Tuan Ibrahim berkata setakat ini tiada permohonan daripada PAS
Demikianlah Artikel Tiada sumpah baiah talak 3 pada PRU14, kata PAS
Sekianlah artikel Tiada sumpah baiah talak 3 pada PRU14, kata PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiada sumpah baiah talak 3 pada PRU14, kata PAS dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/tiada-sumpah-baiah-talak-3-pada-pru14.html
Kelantan untuk mengekalkan sumpah baiah talak 3.
Beliau juga menyeru orang ramai supaya memahami sejarah sumpah baiah talak 3 dan menerima keberkesanannya mempertahankan kerajaan yang dipilih rakyat Kelantan.
“Apa tujuan baiah? Tujuan supaya tidak khianat rakyat. Rakyat yang pilih kita tiba-tiba wakil rakyat yang menang khianat. Macam mana nak halang kerusi tidak dijual?” kata Tuan Ibrahim.
“Jangan tengok pada baiah tapi tengok pada kesan baiah. Kesannya calon PAS tidak mengkhianati rakyat. Pakatan Rakyat tumbang di Perak bukan kerana PAS.”
Beliau merujuk peristiwa pada 3 Februari 2009 apabila Barisan Nasional menawan kembali kerajaan Perak selepas 2 Adun PKR dan seorang Adun DAP mengisytiharkan diri mereka calon bebas tetapi mesra BN.
Menjawab kritikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang membidas baiah talak 3 itu sebagai “mencagarkan isteri”, Tuan Ibrahim berkata pemimpin Pakatan Harapan itu tidak perlu mencampuri urusan PAS.
“Dia bukan calon PAS,” katanya.
Di sidang media yang sama, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan Gabungan Sejahtera sudah memuktamadkan 70% agihan kerusi DUN dan Parlimen di seluruh Malaysia.
“Baki 30% lagi dalam proses kerana isu persempadanan semula yang dilakukan SPR.”