Judul : TOKOH AKADAMIK SERTA BERSATU ATAS RASTU KELUARGA DAN PETUNJUK ALLAH
link : TOKOH AKADAMIK SERTA BERSATU ATAS RASTU KELUARGA DAN PETUNJUK ALLAH
TOKOH AKADAMIK SERTA BERSATU ATAS RASTU KELUARGA DAN PETUNJUK ALLAH
Pensyarah sains politik Maszlee Malik tahu pada saat beliau menyertai parti pembangkang, beliau sedang mempertaruhkan banyak keistimewaan lama dan juga mata pencariannya untuk dikorbankan.
Buat beliau, pengorbanannya itu tiada apa-apa berbanding ramai orang yang kehilangan banyak perkara dalam perjuangan politik mereka.
“Jika saya berkorban, ia tiada apa-apa berbanding apa yang telah mereka korbankan. Saya fikir sekarang masanya untuk saya membuat pengorbanan kecil yang dapat saya buat.
“Jika kita mengharapkan kegemilangan negara kita, kita perlu mengorbankan diri kita sedikit (untuk matlamat yang lebih besar),” kata Maszlee kepada Malaysiakini dalam suatu wawancara eksklusif.
“Ketika saya bercakap dengan ahli keluarga saya, terutamanya isteri saya, mereka berkata kita hanya berfikir untuk diri kita sendiri.
“Kenapa tidak kita merenung sejenak untuk berfikir tentang negara ini, nasib rakyat yang tinggal di desa, rakyat yang menderita meskipun tinggal di kawasan kota, di bandar besar tetapi hidup dalam kemiskinan,” kata beliau.
Maszlee mengajar sains politik sebagai profesor pembantu di jabatan sains politik di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuala Lumpur.
Beliau ialah seorang ahli akademik terkemuka yang juga penyelidik untuk Penang Institute, Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) di Malaysia dan Yusuf Ishak Institute, Institute of Southeast Asian Studies (Iseas) di Singapura.
Sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU),
Demikianlah Artikel TOKOH AKADAMIK SERTA BERSATU ATAS RASTU KELUARGA DAN PETUNJUK ALLAH
Sekianlah artikel TOKOH AKADAMIK SERTA BERSATU ATAS RASTU KELUARGA DAN PETUNJUK ALLAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TOKOH AKADAMIK SERTA BERSATU ATAS RASTU KELUARGA DAN PETUNJUK ALLAH dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/tokoh-akadamik-serta-bersatu-atas-rastu.html
Maszlee sering menjadi moderator dan panelis forum bersama Sinar Harian.
“Ramai orang cuba meyakinkan saya untuk menyertai politik semenjak kali pertama saya melibatkan diri dengan kesemua wacana, forum dan perbahasan sejak tahun 2012 lagi.
“Saya boleh katakan mereka telah memberikan penjelasan yang wajar. Mereka berupaya menunjukkan logiknya tapi pada waktu itu saya masih menunggu hidayah Ilahi.
“Akhirnya saya mendapat hidayah. Terutamanya, anda lihat keadaan Malaysia sekarang yang amat teruk. Ia sedang berada di ambang kemusnahan, terjerumus ke lembah kehinaan jika tiada yang berikhtiar menyelamatkannya.
Maszlee berkongsi pengalaman ketika berada di seberang laut, ramai orang bertanya kepada beliau berkenaan laporan berita terhadap skandal rasuah negara menyebabkan beliau malu menjadi rakyat Malaysia.
Melibatkan diri dalam politik dengan caranya sendiri, Maszlee menganggap penglibatannya dalam masyarakat sivil membantu laluannya terjun ke dunia politk.
Bezanya sekarang politik kepartian dan bukan lagi sekadar hanya politik semata.
“Saya fikir, malah kepada orang yang bukan anggota parti politik, sebenarnya mereka juga hidup dalam dunia politik. Persoalannya, kenapa politik kepartian?
“Jika itu persoalannya, saya katakan rakyat Malaysia sedang berada di persimpangan. Kita akan berhadapan ‘bapa segala pilihan raya’ yang akan menentukan masa hadapan negara sama ada kita akan kekal berada di bawah kerajaan kleptokratik yang memiliki imej buruk seantero dunia, atau kita mahu menjadi Malaysia baru yang menjanjikan suatu penghidupan dan imej yang lebih baik untuk dunia.
“Apabila kita membaca akhbar, kita rasa malu menjadi rakyat Malaysia, bukan kerana manusianya tetapi kerana ukuran rasuah yang berlaku sangat besar dan diketahui ramai.”
Read More / Baca Lagi >>