Tokoh akademik persoal motif RUU berita palsu dibentang tergesa-gesa

Tokoh akademik persoal motif RUU berita palsu dibentang tergesa-gesa - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tokoh akademik persoal motif RUU berita palsu dibentang tergesa-gesa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tokoh akademik persoal motif RUU berita palsu dibentang tergesa-gesa
link : Tokoh akademik persoal motif RUU berita palsu dibentang tergesa-gesa

Baca juga


Tokoh akademik persoal motif RUU berita palsu dibentang tergesa-gesa



Demikianlah Artikel Tokoh akademik persoal motif RUU berita palsu dibentang tergesa-gesa

Sekianlah artikel Tokoh akademik persoal motif RUU berita palsu dibentang tergesa-gesa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tokoh akademik persoal motif RUU berita palsu dibentang tergesa-gesa dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/tokoh-akademik-persoal-motif-ruu-berita.html

    "All rulers in all ages have tried to impose a false view of the world upon their followers"
George Orwell (Nineteen Eighty-Four, 1949).
Tidak dinafikan penyebaran berita palsu dan informasi atas talian memberi masalah kepada masyarakat, akan tetapi, saya berasa pelik apabila kerajaan Malaysia dengan tergesa gesa membentangkan Akta Berita Tidak Benar di Parlimen, tanpa mengambil kira alternatif lain bagi menyelesaikan isu pemalsuan dan ketidaksahihan berita.
Secara peribadi, saya percaya meluluskan akta baru bukanlah satu cara dan jalan terbaik, kerana ia hanya bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara di negara ini.
Antara alternatif bagi menyelesaikan masalah ini adalah dengan mengadakan satu kempen kesedaran secara besar besaran ke seluruh negara serta mendidik masyarakat untuk lebih bijak dalam menentukan berita yang benar atau palsu, pada masa yang sama, tidak menyebarkan sebarang berita tanpa mengetahui kesahihan sumber.
Kita juga boleh menanam etika kewartawanan dan menggalakkan amalan pemeriksaan fakta dalam kalangan rakan media bagi memastikan hanya kebenaran yang akan disampaikan kepada orang awam.
Tambahan pula, akta tersebut dibentangkan tatkala PRU 14 semakin hampir, dan saya mempersoalkan motif di sebalik tindakan tergesa gesa ini.
Saya sangat khuatir kerana besar kemungkinan akta baru ini akan disalahgunakan sebagai alat politik bagi membendung perbezaan pandangan ke atas kerajaan, sehingga membawa pengkritik ke tirai besi, terutamanya apabila PRU 14 hampir berlangsung.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Jailani Johari berkata bahawa definisi umum untuk berita palsu adalah berita yang “disahkan sebagai palsu oleh pihak berkuasa melalui kepakaran yang berkaitan dengan hal tersebut".
Adakah ini bermaksud kerajaan mempunyai hak mutlak dalam menentukan sesebuah berita itu sebagai palsu dan siapa yang akan dikira sebagai berwibawa dan pakar dalam perkara tersebut?
Kerana, jika dilihat kepada contoh yang diberikan oleh Jailani apabila beliau berbicara mengenai Akta Berita Tidak Benar berkenaan 1MDB, ada pelbagai artikel yang diterbitkan oleh agensi berita antarabangsa-dan meskipun kredibiliti sebahagian sumber berita itu dipercayai, mereka masih tidak diiktiraf sebagai berwibawa dan maklumat berkenaan 1MDB yang diterbitkan mereka dikategorikan sebagai berita palsu dari kacamata timbalan menteri kita.
Sudah tentu ia mengundang persoalan: kenapa hanya 1MDB difokuskan ketika membahaskan akta tersebut?
Sebenarnya, kita tidak perlu tergesa gesa mendesak akta ini diluluskan; terutamanya apabila ada isu nasional yang lebih parah yang perlu diberi perhatian sewajarnya.
Sebagai contoh, Malaysia tersungkur ke tangga 62 di dalam Indeks Persepsi Rasuah tahunan; posisi paling rendah dihuni Malaysia sejak indeks ini diperkenalkan pada Tahun 1995, yang terbaru, seperti yang diumumkan Transparency International pada Feb 2018, kita menduduki tangga ke 55 - tetapi, apa tindakan kita?

DR MASZLEE MALIK

Subscribe to receive free email updates: