Judul : Maaf saya silap, Rafizi dakwa keliru 2 ‘Florence Goh’
link : Maaf saya silap, Rafizi dakwa keliru 2 ‘Florence Goh’
Maaf saya silap, Rafizi dakwa keliru 2 ‘Florence Goh’
Demikianlah Artikel Maaf saya silap, Rafizi dakwa keliru 2 ‘Florence Goh’
Sekianlah artikel Maaf saya silap, Rafizi dakwa keliru 2 ‘Florence Goh’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Maaf saya silap, Rafizi dakwa keliru 2 ‘Florence Goh’ dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/maaf-saya-silap-rafizi-dakwa-keliru-2.html
Naib presiden PKR itu bagaimanapun mahu Florence Goh yang 'sebenar' tampil memberi penjelasan.
PETALING JAYA: Rafizi Ramli hari ini mengakui beliau tersilap selepas seorang wanita menafikan dirinya pengarah sebuah syarikat yang dikaitkan dengan seorang pelobi Washington bagi pihak kerajaan Malaysia.Naib presiden PKR itu memohon maaf kepada wanita bernama Florence Goh yang memiliki sebuah syarikat bernama CRT Insights Technologies Sdn Bhd, yang tampil menafikan beliau ada kena mengena dengan Godfrey Group Ltd.
Godfrey Group merupakan syarikat yang didakwa membayar seorang pelobi pentadbiran Donald Trump sebanyak AS$250,000 (RM1.07 juta), seperti terkandung dalam borang difailkan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan ini dan memohon maaf kepada (Florence) Goh Siew Boey dan CRT Insights Technologies Sdn Bhd kerana telah menyiarkan nama mereka.
“Saya ada meminta supaya mereka tampil ke hadapan dan memberikan penerangan, maka saya hargai penjelasan yang mereka berikan bahawa mereka tidak terbabit dan saya tidak teragak-agak memohon maaf kerana mereka tidak terlibat di dalam kes ini,” kata Rafizi dalam kenyataannya, beberapa jam selepas Goh mengadakan sidang media bersama Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Rafizi bagaimanapun tetap berkata satu lagi wanita bernama Florence Goh, dengan nama Cina Goh Swee Gaik, yang menurutnya ada kaitan dengan sebuah NGO di Johor Bahru, perlu tampil membuat penjelasan.
“Saya mohon supaya Wee supaya turut mengaturkan satu sidang media untuk menerangkan pembabitan Florence Goh @ Goh Swee Gaik di dalam Godfrey Group Limited dan bayaran RM1.1 juta yang dibuat kepada firma pelobi Amerika Syarikat, seperti mana timbalan presiden MCA itu dengan segera mengaturkan sidang media mengenai Goh Siew Boey,” katanya.
Sebelum ini, Putrajaya menafikan mengupah mana-mana individu atau syarikat untuk melobi bagi pihaknya di Washington.
Read More / Baca Lagi >>