MB Terengganu digesa bagi penjelasan kelewatan terima bas Amphicoach

MB Terengganu digesa bagi penjelasan kelewatan terima bas Amphicoach - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB Terengganu digesa bagi penjelasan kelewatan terima bas Amphicoach, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB Terengganu digesa bagi penjelasan kelewatan terima bas Amphicoach
link : MB Terengganu digesa bagi penjelasan kelewatan terima bas Amphicoach

Baca juga


MB Terengganu digesa bagi penjelasan kelewatan terima bas Amphicoach



Demikianlah Artikel MB Terengganu digesa bagi penjelasan kelewatan terima bas Amphicoach

Sekianlah artikel MB Terengganu digesa bagi penjelasan kelewatan terima bas Amphicoach kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB Terengganu digesa bagi penjelasan kelewatan terima bas Amphicoach dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/mb-terengganu-digesa-bagi-penjelasan.html
Menteri Besar Terengganu digesa memberi penjelasan sama ada pembelian bas Amphicoach (bas dua alam) dibuat secara terus oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan syarikat pembekal tersebut melalui agensi kerajaan tertentu atau kerajaan negeri telah melantik syarikat perunding swasta untuk menguruskan pembelian bas ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Gambar atas) berkata, Datuk Seri Ahmad Razif perlu menyatakan jumlah sebenar wang kerajaan negeri Terengganu yang telah dibayar kepada syarikat pembekal tersebut bagi pengetahuan rakyat Negeri Terengganu.
MB Terengganu digesa bagi penjelasan kelewatan terima bas Amphicoach“Hal ini sangat penting diberi penjelasan secara terbuka untuk pengetahuan seluruh rakyat Negeri Terengganu.
“Ini kerana telah beberapa kali janji yang ditaburi oleh pihak kerajaan kepada seluruh rakyat negeri Terengganu bahawa bas dua alam ini akan tiba di Negeri Terengganu pada 2015 namun hingga kini bas tersebut tidak kunjung tiba,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman  pada 12 November lalu yang telah memberi kata dua kepada pembekal Bus Amphicoach” (Bas Amfibia) untuk membuat penghantaraan kenderaan berkenaan selewat-lewatnya hujung bulan ini (November) atau berdepan dengan tindakan saman daripada Kerajaan Negeri Terengganu.
Menurut Syed Azman lagi, mengapa pada November Ahmad Razif membuat keputusan untuk memberi kata dua kepada pihak pembekal bas amphicoach.
“Malahan menteri besar sendiri telah membuat kenyataan terbuka pada Mac lalu bahawa bas tersebut akan tiba pada Jun 2017.
“Apakah hal ini sesuatu yang boleh dianggap remeh walhal kos pembelian seunit bas mencecah RM3juta sebuah yang mana kos tersebut melibatkan penggunaan wang rakyat?”,soalnya.
Kata Syed Azman lagi, urusan pembelian bas amphicoach ini telah diselenggarakan melalui Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan & Kebudayaan Negeri Terengganu.
Malah katanya, pihak kerajaan negeri juga telah mengadakan lawatan ke kilang bas yang dihasilkan di Malta itu pada tahun 2014.
Manakala kos pembelian berdasarkan harga kilang setiap sebuah bas itu menelan belanja kira-kira 600,000 euro atau kira-kira RM3 juta sebuah.
“Dalam satu kenyataan pada 18 Mei 2015, Datuk Mohd Jidin Shafee memberi jaminan bahawa kenderaan bas amfibia (amphicoach) yang telah ditempah pada tahun 2014 bagi kegunaan pelancongan selain membantu menyelamatkan mangsa banjir dijangka diterima akhir Ogos 2015.
“Begitu juga dengan jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh pihak exco kerajaan negeri setiap kali hal ini ditimbulkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri.
“Perinciannya bersifat ‘kabur’ dan tidak dapat menjelaskan kedudukan sebenar status bas yang telah dibeli pada tahun 2014 itu hingga kini,” terangnya.
Pembelian bas amphicoach ini diilhamkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu bas ini digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyusuri Sungai Terengganu selain untuk menghadapi musim tengkujuh ia boleh digunakan untuk memindahkan penduduk terjejas banjir di kawasan yang tidak berarus deras ke tempat yang lebih selamat.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: