Zaman Kleptokrasi: Kos sara hidup antara faktor sertai skim cepat kaya

Zaman Kleptokrasi: Kos sara hidup antara faktor sertai skim cepat kaya - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zaman Kleptokrasi: Kos sara hidup antara faktor sertai skim cepat kaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zaman Kleptokrasi: Kos sara hidup antara faktor sertai skim cepat kaya
link : Zaman Kleptokrasi: Kos sara hidup antara faktor sertai skim cepat kaya

Baca juga


Zaman Kleptokrasi: Kos sara hidup antara faktor sertai skim cepat kaya



Demikianlah Artikel Zaman Kleptokrasi: Kos sara hidup antara faktor sertai skim cepat kaya

Sekianlah artikel Zaman Kleptokrasi: Kos sara hidup antara faktor sertai skim cepat kaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zaman Kleptokrasi: Kos sara hidup antara faktor sertai skim cepat kaya dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/zaman-kleptokrasi-kos-sara-hidup-antara.html
Pencarum perlu ambil beberapa langkah sebelum membuat pelaburan seperti membuat kajian dan mengetahui serba sedikit tentang prestasi kewangan sesebuah syarikat pelaburan.
duit-skimSHAH ALAM: Tekanan kos sara hidup semakin meningkat dipercayai antara punca sesetengah rakyat terutama golongan pekerja yang memiliki caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mudah terpedaya menyertai pelbagai skim pelaburan tidak sah atau diragui statusnya.
Seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Azrul, 33, berkata pencarum adalah golongan sasar paling mudah untuk didekati dan akhirnya terjebak dengan skim pelaburan yang kononnya memberi pulangan lumayan kepada mereka.
Petugas sebuah agensi kerajaan di Sepang itu mengakui beliau antara mangsa penipuan sebuah syarikat pelaburan yang diragui statusnya sehingga kerugian kira-kira RM5,000, tiga tahun lepas.
“Jika dilihat pendekatan yang digunakan, mereka ini memang menyasarkan pencarum sebab kita memang ada simpanan (wang) dalam KWSP. Sebagai penjawat awam pula, selepas kita disahkan dalam perkhidmatan kita mudah membuat pengeluaran wang daripada KWSP dan kemudahan ini yang telah saya gunakan,” katanya kepada Bernama.
Azrul berkata akibat terpedaya dengan skim pelaburan yang kononnya menawarkan pulangan 2 kali ganda daripada modal dikeluarkan, beliau mengambil jalan mudah mengeluarkan wang simpanan daripada akaun KWSP miliknya.
Bermodalkan RM5,000 wang KWSP, beliau memberanikan diri melabur dalam skim pelaburan yang diperkenalkan oleh rakannya.
“Gaji saya sebagai penjawat awam tidak besar, waktu itu memang terfikir mahu cari duit lebih sebab nak bayar sewa rumah, makan dan minum, minyak motor selain ingin berkahwin. Bila tengok rakan bercerita dan dia turut serta melabur, kita jadi yakin dengan skim pelaburan tersebut.
Malangnya, duit itu walaupun tidak banyak, ia hangus macam itu sahaja… syarikat pelaburan itu tutup dan ejennya menghilangkan diri. Dari situ saya dan rakan sedar kami ditipu… terkilan sangat rasanya sebab saya guna simpanan KWSP untuk buat pelaburan sia-sia,” katanya.
Seorang lagi pencarum yang hanya mahu dikenali sebagai Nurfadzilah, 34, berkata ada dalam kalangan pencarum KWSP, khususnya orang muda, ghairah membuat pelaburan menggunakan wang KWSP bagi menjana pulangan menguntungkan.
“Kejadian ini berlaku kira-kira 6 tahun lepas, yang waktu itu skim pelaburan berbentuk MLM (Multi Level Marketing) memang terkenal di Lembah Klang. Saya nyaris membayar sejumlah wang daripada akaun KWSP kepada mereka akibat terpedaya dengan cara hidup mewah ahli skim berkenaan,” katanya yang bekerja sebagai pereka grafik di sebuah agensi swasta.
Menurut wanita itu, rancangan menyertai skim pelaburan berkenaan tertangguh akibat wang KWSP miliknya tidak dapat dikeluarkan kerana tidak memenuhi syarat pengeluaran.
“Ejen (pelaburan) meminta sejumlah wang dan mahu saya membayar segera kepada mereka mengikut tarikh ditetapkan sekiranya saya mahu mendapat duit hasil pelaburan berkenaan.
“Namun, duit KWSP saya tidak dapat dikeluarkan mengikut tempoh yang mereka mahu. Saya kemudian mendapat tahu syarikat yang memperkenalkan skim pelaburan itu diserbu polis disebabkan aduan daripada orang ramai yang gagal memperoleh pulangan wang pelaburan mereka semula selain wang modal pelaburan lesap,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: