SEKALI LAGI – KEPALA BAPAK KAU

SEKALI LAGI – KEPALA BAPAK KAU - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SEKALI LAGI – KEPALA BAPAK KAU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SEKALI LAGI – KEPALA BAPAK KAU
link : SEKALI LAGI – KEPALA BAPAK KAU

Baca juga


SEKALI LAGI – KEPALA BAPAK KAU



Demikianlah Artikel SEKALI LAGI – KEPALA BAPAK KAU

Sekianlah artikel SEKALI LAGI – KEPALA BAPAK KAU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SEKALI LAGI – KEPALA BAPAK KAU dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/11/sekali-lagi-kepala-bapak-kau.html
Najib terus dikepung. Najib terus diasak. Najib terus terpinggir. Suara menuntut Najib dinyahkan semakin nyaring. Gerakan nyah Najib semakin merebak. Gerakan ini sedang berjalan dalam dan juga di luar negara.
Sentimen nyah Najib ini telah berjaya menjalar masuk ke lubang telinga ahli parti United Malays National Organisation. Ini jelas sedang berlaku.
"
<body><div id=\"overlay\"><div id=\"my-ad-slot\"><script type=\"text/javascript\">var inmobi_conf={siteid:\"1de6707b1bf649a79978761a2b81cf62\",slot:\"14\",adtype:\"int\"};</script><script type=\"text/javascript\" src=\"http://ift.tt/2htaS8r type=\"text/javascript\">_inmobi.addEventListener(\"close\",function(a){});</script></body></html>">
"
Secara senyap-senyap ahli parti telah mula ‘berbisik-bisik’ sesama sendiri. Sohseh sohseh tung tang tung tang telah mula kedengaran. Najib ini dikatakan lebih banyak membawa bala dari membawa laba. Najib ini akan menjadi beban penolak undi dalam PRU14 nanti.

Bukan sahaja undi bukan Melayu yang menolak Najib. Kes Najib yang bertampuk-tampuk ini telah juga menghakis banyak undi Melayu. Ini dibuktikan dengan tertubuhnya parti BERSATU.
Kalau Parti Keadilan Nasional wujud pada tahun 1999 bermula dengan bencikan Mahathir yang membuang Anwar, BERSATU pula lahir pada tahun 2017 kerana bencikan Najib yang didakwa mencuri duit.
Ahli-ahli parti United Malays National Organisation dalam gelak hilai berseloroh tentang betapa beratnya memikul beban Rosmah di mata pengundi. Kini ditambah pula dengan beban memikul seorang yang didakwa mencuri.
Tetiba sebuah laman pro parti ketuanan Melayu telah menulis berita dalam Bahasa Inggeris – Kepala Bapak Building Gateway Home on Koh Samui Island. Apakah makna tulisan – Kepala Bapak Membuat Rumah untuk Lari di Pulau Koh Samui? Apakah Kepala Bapak telah bersedia hendak lari. Kenapa lari ke Siam tidak ke Shanghai?
Sayangnya berita ini belum sempat dipungut oleh Malaysian Insider atau Malaysiakini telah menjadi 404 – hilang lesap. Bila dicari tajuk berita ini Lebai Google akan menjawab – Sorry the page you were looking for in this blog does not existKhalas. Apakah dedak telah bertukar tangan? Walahhualam.
Sesiapa pun yang diserang bertalu-talu seperti ini akan berjiwa kacau. Jiwa kacau akan melahirkan sakit jiwa. Sakit jiwa ini telah dimanifestasikan dengan jeritan – “kepala bapak kau”.
Sebenarnya sesiapa pun boleh menjeritkan “kepala bapak kau”. Malah jeritan ini bukan satu yang baru atau satu yang unik. Ia juga bukan jeritan sakral. Tetapi apabila Najib menjeritkan “kepala bapak kau”, ia membawa makna lain.
Malah tempat si Najib menjeritkan “kepala bapak kau” ini juga wajib difahami dan diteliti.
Hakikatnya, “kepala bapak kau” ini adalah jeritan orang sakit jiwa. Ini tanda-tanda sakit jiwa yang maha sangat. Jika seseorang tidak sakit jiwa, dia tidak akan menjerit. Sosok yang dilamun kebahagiaan akan tersenyum lebar hingga ke telinga.
Saya tidak perlu mengulangi kembali kenyataan Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) atau kenyataan peguam negara Switzerland. Atau berkisah tentang kes Scorpene Najib yang telah bermula di mahkamah Paris. Atau kes jenayah 1MDB di mahkamah Los Angles. Atau kes tertangkap, tertuduh dan terpenjara beberapa orang pegawai bank di Singapura. Semua ini telah beberapa kali kali saya tulis.
Telan Prozac
Semua ini pasti menyesakkan nafas Najib. Semua ini pasti menjadikan jiwa kacau. Dalam keadaan sedemikian saya yang tidak berijazah dalam bidang kedoktoran tidak dapat membantu apa-apa.
Kalau kena migrain saya tahu jawabnya ialah Panadol. Kalau diserang sakit jiwa saya hanya mendengar khabar bahawa Prozac boleh membantu. Berapa botol Prozac wajib ditelan hanya Guru Nanak sahaja yang maha mengetahui.
Kemudian muncul lagi babak terkini. Babak ini amat amat menarik. Ini babak baru. Bukan babak akhir atau babak penutup. Maksud saya ini babak Najib melawat Vietnam untuk Persidangan APEC yang baru berlangsung pada 10-11 November 2017.

Apa yang menarik media dunia ialah kehadiran presiden Trump di Vietnam. Presiden Trump yang sedang dipertikaikan kewarasannya terus menjadi sasaran untuk digodam oleh media.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: