Hadi: Gelaran ‘kumpulan suci’ hanya perli Pas

Hadi: Gelaran ‘kumpulan suci’ hanya perli Pas - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi: Gelaran ‘kumpulan suci’ hanya perli Pas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi: Gelaran ‘kumpulan suci’ hanya perli Pas
link : Hadi: Gelaran ‘kumpulan suci’ hanya perli Pas

Baca juga


Hadi: Gelaran ‘kumpulan suci’ hanya perli Pas



Demikianlah Artikel Hadi: Gelaran ‘kumpulan suci’ hanya perli Pas

Sekianlah artikel Hadi: Gelaran ‘kumpulan suci’ hanya perli Pas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi: Gelaran ‘kumpulan suci’ hanya perli Pas dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/12/hadi-gelaran-kumpulan-suci-hanya-perli.html
Abdul Hadi Awang 
Pas menyifatkan gelaran kumpulan suci yang dilabelkan kepada mereka hanyalah sebagai memerli dan mengejek parti itu.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, istilah tersebut digunakan oleh pihak-pihak yang gagal menarik Pas untuk bersama-sama mereka dalam PRU14 akan datang.
“Inilah bahasa yang baru diistilahkan dan digunakan untuk memerli atau mengejek ketegasan sesiapa sahaja yang berpegang dengan ajaran Islam yang berdasarkan nas yang qati’e dan thabit di dalam Al-Quran dan Hadis.
“Sama seperti Pas, yang tidak mahu dihanyutkan atau menerima perubahan mengikut selera kumpulan yang dinamakan Islam Liberal dan yang bersekongkol dengannya atau totok bukan Islamnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pihak-pihak ini mahu menjadikan Islam seperti agama yang ada ortodoks atau ideologi konservatif dengan tujuan untuk memancing undi pilihanraya.
“Setelah mereka gagal meminda Undang-undang Tubuh Pas (Perlembagaan) dengan mahu meletakkan Majlis Syura Ulama sekadar menjadi penasihat yang tidak wajib dipatuhi, khususnya dalam perkara hukum yang thabit bercanggah dengan kemahuan akal fikiran manusia, demikian juga mereka termasuk yang menganggap dirinya sangat bijak.
“Setelah mereka gagal dalam usaha meminda asas tersebut dan juga gagal mempengaruhi Muktamar Pas dan mengubah kepimpinan mengikut kemahuannya, lalu bertindak keluar daripada Pas dengan dukungan dan sokongan dalang-dalang di belakangnya,” katanya.
Terdahulu, berlaku kepincangan di dalam Pas hingga ada ahli yang bertindak keluar Pas dan menubuhkan parti baharu iaitu Amanah.
Amanah di bawah naungan presidennya Mohamad Sabu dikatakan sebuah parti serpihan Pas apabila kebanyakan pemimpinnya tidak bersetuju dengan keputusan kempimpinan tertinggi apabila menolak kerjasama dengan parti pembangkang lain mahupun BN.
Dalam kenyataan sama, Abdul Hadi berkata, pihak-pihak ini (Amanah) diliihat gagal menolak Pas daripada belakang supaya menyertai BN.
“Di mana mereka juga sangat bernafsu menyertainya dengan cara menggunakan Pas menjadi tangganya, kerana mencari jalan mudah setelah menemui kebuntuan.
“BN pula tidak ada nafsu selera untuk menerima mereka. Sebenarnya Pas hendak dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan bagi pemujaan kemahuan nafsu mereka dengan segala cara yang terdahulu dan diusahakan sehingga kini,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, daripada gerakan Bersih pada namanya, dan Pas berundur kerana jenamanya yang diragukan, diikuti pula susulannya menggunakan berbagai pendekatan dan jenama.
“Setelah mereka gagal dengan segala umpan, diuar-uarkan Pas yang pelahap mahu menyertai BN, bukannya mereka.
“Sebenarnya perniagaan politik mereka tidak laris, kerana ditolak BN, ditolak Pas dan ada tanda-tanda awal ditolak rakyat dalam pilihan raya  akan datang, InsyaALLAH,” jelasnya.
Menurut Abdul Hadi lagi, pihak ini (Amanah) merasakan Pas menjadi penghalang kepada mereka untuk ke Putrajaya melalui pintu belakang dan mahu memecahkan pintu hadapan dengan Pas menjadi kapak atau tukulnya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: