PRU14: Demi negara, keluarlah mengundi

PRU14: Demi negara, keluarlah mengundi - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Demi negara, keluarlah mengundi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Demi negara, keluarlah mengundi
link : PRU14: Demi negara, keluarlah mengundi

Baca juga


PRU14: Demi negara, keluarlah mengundi



Demikianlah Artikel PRU14: Demi negara, keluarlah mengundi

Sekianlah artikel PRU14: Demi negara, keluarlah mengundi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Demi negara, keluarlah mengundi dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/pru14-demi-negara-keluarlah-mengundi.html
Dalam sistem negara kita, perdana menteri dipilih daripada Anggota Parlimen yang mendapat keyakinan majoriti.
Oleh yang demikian, menjadi hak pakatan pembangkang, yang mana Anggota Parlimennya berada di Parlimen bagi mengenal pasti calon perdana menteri mereka, dengan mengambil kira pandangan serta kepentingan para anggota parlimen dan orang ramai.
Tanpa ragu-ragu dapat diramalkan dengan penamaan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengundang kontroversi dan ia telahpun terjadi. Dijangkakan beberapa anggota gabungan yang dibina atas seruan agenda Reformasi ini mungkin mempunyai masalah dengan keputusan tersebut.
Ramai di kalangan kita, melihat kelahiran gerakan Reformasi yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendapat semangat atas keberanian beliau dan keberanian ramai rakyat Malaysia yang melawan penindasan yang wujud pada ketika itu.

Perasaan dan semangat itu belum hilang. Malah dipergiatkan lagi ketika berhadapan dengan pentadbiran semasa. Reformasi adalah platform yang membawa parti-parti pembangkang mendapat kejayaan dalam dua pilihan raya umum yang lalu. Reformasi tetap terus kekal.
Takdir mengubah segalanya, Mahathir kini menyokong Reformasi dan sangat penting sekali agenda pembaharuan menjadi tema pokok kepimpinan beliau. Manifesto HARAPAN sepertimana yang dinyatakan setakat ini pada dasarnya tentang reformasi.
Berita baiknya, pengumuman calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah menghentikan perbincangan berterusan dan rumit mengenai isu tersebut. Bagaimanapun, seseorang mesti memahami pandangan berbeza yang kini muncul daripada kalangan anggota parti dan orang ramai yang telah lama menyumbangkan masa, tenaga dan emosi dalam gerakan reformasi.
Mungkin pemimpin parti tidak menyiapkan mereka dengan baik. Sangeet Kaur Deo, seorang yang berani (benar-benar anak perempuan ayahnya). Sangeet (gambar, bawah) ialah salah seorang daripada mereka yang menyuarakan pandangan itu. Kita tidak boleh menolak suara yang berbeza kerana mereka berhak untuk menyatakan pandangan mereka.

Pemimpin mesti melibatkan diri dengan mereka dan memujuk mereka supaya bergegas datang bersama-sama dalam suatu gerakan kerana masa menjadi intipati penentuannya dan HARAPAN mesti meneruskan tugas di tangan. Dengan kata lainnya, kita perlu bergerak ke hadapan.
Saya berpendapat negara kita sedang berhadapan kebarangkalian keruntuhan kedaulatan undang-undang, penciptaan diktator mutlak dan penguasaan kleptokrasi sebagai kebiasaan.
Kita mempunyai pemimpin yang melanggar undang-undang dan terus memegang kuasa dengan memperkuat kedudukan mereka. Ada antara mereka yang tidak patut berada di Putrajaya dan seharusnya di letakkan di tempat lain. Malaysia sepatutnya mendapat kepimpinan yang lebih baik. Benar-benar lebih baik lagi.
Sebagaimana mutiara kata, 'kuasa itu cenderung disalahgunakan dan kuasa mutlak pula memang disalahgunakan semutlaknya'. Malang sekali, rakyat Malaysia sedang menghadapi kuasa mutlak.

Walaupun semua naluri kita membawakan kita untuk percaya kemungkinan perubahan mesti terjadi tetapi beberapa pengundi dan penganalisis yang dihormati telah meramalkan BN akan memenangi pilihan raya umum akan datang. Bagaimana mungkin terjadi begitu?
Kita perlu realistik. Kita harus menunjukkan kenyataan yang jelas bahawa masyarakat kita cukup rumit. Apa yang penting kepada seorang pengundi tidak semestinya penting kepada pengundi yang lain. Lebih-lebih lagi, kita mesti mengambil faktor penipuan besar-besaran yang sedang berlaku (dan akan terus berlaku), persempadanan semula SPR, ketiadaan Anwar yang dinamik dan perubahan hati PAS.
Tiga faktor kritikal terakhir ini tidak ada dalam PRU13, walaupun sekarang kita mesti memasukkan Bersatu ke dalam perkiraan, belum lagi menyebut Parti Warisan serta beberapa perkembangan di Sabah dan Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: